8 Usul Diri

IKRAR MANUSIA BERTUHANKAN ALLAH DI ALAM ROH

 

Adakah manusia ingat bahawa setiap daripada kita telah berbai’at kepada Allah dan telah berikrar dan berjanji untuk bertuhankan kepada Allah di alam Roh ? Tentunya tidak ingat atau tidak tahu langsung kerana khabar beritanya sudah begitu lama, lalu Allah peringatkan kembali melalui FirmanNya ayat An Nahl 89 yang maksudnya: “Dan Kami turunkan kepada kamu al kitab (al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang menyerahkan dirinya!! Ayat di atas memungkinkan kepada manusia supaya jangan lagi mengadakan alasan-alasan untuk menafikan bahawa dia tidak pernah berjanji dan tidak mengenali Allah kerana Allah telah terangkannya di dalam al Quran seperti ayat al A araf 172 yang bermaksud: !.. Bukankah Aku ini Tuhan kamu ? Maka semua menjawab (manusia) Benar ! Engkaulah Tuhan kami, kami menjadi saksi, dan yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari qiamat Kami adalah lalai!! Dan ayat ini di kokohkan lagi oleh ingatan Allah kepada manusia melalui An Nahl ayat91 yang bermaksud : “Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah kamu itu sesudah kamu mengokohkannya …! Dengan ayat yang di atas rasanya tiada alasan bagi manusia hendak menolak yang kita pernah mengenali Allah kerana Allah telah ingatkan kita dengan menurunkan ayat-ayatNya, pokok persoalannya siapa diri kita yang sebenarnya yang pernah berjanji itu dan bagaimana keadaannya? dan bagaimana pula keadaan Allah ketika itu ? Apa yang kita tahu Allah juga telah menyatakan keadaaNya berupa Zat Laisa kamishli syaiun (tidak berupa apa jugapun) dan semua ini telah di terangkan oleh Allah bagi orangorang yang menyerahkan dirinya Orang yang telah menyerahkan dirinya ? Persoalan timbul diri yang mana yang hendak di serahkan dan bagaimanakah kendak menyerahkannya dalam erti kata Tawakkal Alallah ! Ada pandangan dari ulama khlaf bahawa terlalu sukar untuk menyerahkan diri kerana adanya kejadian jasad yang anasirnya sebagai penghalang untuk mempraktikkan bertawakkal kepada Allah kerana sifat jasad itu anasirnya dari atom-atom tanah,air,api dan angin yang kuasanya mampu menghalang dari bertawakkal sedangkan Allah bagi tahu bahawa jasad atau anasir jasad di jadilan hanyalah untuk menjadi saksi sajaha atas perbuatan manusia jadi apa kuasa penghalang yang ada padanya ? Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Qiyamah ayat 14 dan 15 yang bermaksud: ” Bahkan manusia itu anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri)

 

 

 

 

IKRAR MANUSIA BERTUHANKAN ALLAH DI ALAM ROH II

 

Ada nas yang manusia itu telah berikrar kepada Allah bahawa mereka akur berTuhankan ALLAH semasa mereka di alam Roh lagi ketika zaman itu Allah belum lagi mencipta alam yang lain, manusia yang di maksudkan disini adalah tanpa jasad iaitu Rohani yang lengkap Nyawa, akal, nafsu dan roh, maka ke empat-empat inilah yang di katakan manusia, mereka apabila telah di cipta oleh Tuhan maka di tempatkan di alam Roh dan di sanalah mereka ini di ambil saksi oleh penciptaNya dengan bertanyakan kepada mereka seperti yang di nyatakan oleh Allah pada surah Al A araf 172 Pada zaman tersebut hanya saksi daripada manusia sahaja yang di ambil sedangkan ibadat mereka belum lagi di perintah oleh Allah kerana jasad mereka belum lagi di cipta oleh Tuhan ini bererti diri manusia itu tidak boleh beribadat melainkan ia memiliki jasad sebagai saksi atas perbuatan atau gerak geri ataupun ibadat mereka sebab itu Allah terangkan kepada kita bahawa anggota manusia itu sebagai saksi terhadap dirinya sendiri walaupun ia memberi alasan untuk membela diri Al Qiyamah 14 dan 15 Nah sekarang jelas bahawa diri manusia yang bernama Rohani itu tetap juga mahu berbohong kepada Allah sekalipun dia telah berikrar mahu berTuhankan kepada Allah semasa ia di alam Roh, apakah ikrar manusia mahu berTuhankan kepada Allah semasa di alam Roh ? Ikrar manusia ialah apabila manusia berkata “Ana abduka Ibni abduka la ma abud ghoirika illa Anta!! (aku hamba Kamu, anak-anak hamba Kamu, aku tidak meng abdikan diriku melainkan kepada Kamu) yang membawa maksud !!Tiada Tuhan yang aku sembah melainkan Allah ! ertinya di alan tersebut buat pertama kalinya kaliamah ikrar itu di lafazkan iaitu LA ILLAHA ILLALLAH MUHAMMADARRASULLULLAH Maka sejak di alam Rohlah juga manusia mengakui bahawa dirinya hamba kepada Tuhan ertinya ikut semua perintah Allah dan tinggalkan laranganNya yang membawa maksud Lillahi Taala, maka itulah maksud LA ILLAHA ILLALLAH, so sekarang kita bagaimana ? Adakah kerja buat kita sekarang berasaskan Lillahi Ta ala atau sebaliknya ? Umpamanya kerja-kerja mungkar adakah Lillahi ta ala ? Kerana itu ada tegah dan ada suruh walaupun pada hakikatnya semua itu datang dari Allah !!kullum min indillah!!(segala sesuatu itu datang dari Allah) pada bab ini kita kena belajar qada dan qadar pula supaya tidak terkeliru Sebaik saja kita di ambil kesaksian maka tinggallah kita di alam Roh menunggu arahan daripada Allah bila kita dapat menjadi hamba kepadaNya untuk menjalankan amanat La Illaha illallah ? Jawabnya sehingga Allah menjadikan Adam manusia pertama yang Allah jadikan dari bahan zat tanah, air, api dan angin bukan dari tanah yang kita fahami sekarang ini, ia adalah dari istilah-istilah sain iaitu atom-atom yang halus yang terdiri dari jauhar fardhi ataupun jirim dan jisim yang bahasa sekarang di kenali sebagai atom, neutron, proton, ion, elektron, neukles dan sebagainya Ringkasan sejarah empat anasir Nur Muhammad Mengunjungi empat Anasir Alam Yang Nyata Selepas Allah s.w.t menjadikan Rohani maka Allahpun jadikan empat sumber alam yang nyata yang terdiri dari Tanah Nurani, Air Nurani, Angin Nurani dan Api Nurul Adhom, anasir ini seperti yang di nyatakan pada usul diri yang ke 72, selepas saja anasir yang empat ini di cipta oleh Allah maka Allah perintahkan kepada Nur Muhammad (Hakikatul Muhammadiyah) pergi melawat ke empat-empat anasir tersebut (ketika ini tiada satu alam nyatapun yang ujud) Ada juga pandangan yang menyatakan bahawa ketika ini manusia jasmani belum lagi di jadikan Allah seperti yang  di nyatakan dalam quran Al Insan ayat 1 kemudian di sambung pada ayat Al Baqarah 29 dan pandangan quran Fi Zilalil Quran terjemahan syed Qutub Kunjungan Nur Muhammad Kunjungan Nur Muhammad (Jangan kaitkan dengan Muhammad saw) pada peringkat ini, kunjungan pertama kepada anasir angin nurani dan salam di beri, lalu salam di sambut, ketika ini angin nurani memperlihatkan sikap dan sifatnya kepada Nur Muhammad, dia menjangkakan tiupannya yang kecang serta egonya dapat mempersonakan Nur Muhammad, lalu Nur Muhammad berkata !t Adakah engkau menyedari akan kelemahanmu ? Jawab angin nurani !!Engkau lihat aku kuat, aku hebat dan aku akan di tempatkan di langit dan juga bumi!! Jawab Nur Muhammad ” Adakah engkau menyedari bahawa engkau akan di pergunakan oleh manusia, jawab angin ” jika demikian engkau rupanya lebih baik daripada aku, jawab Nur Muhammad !!Aku adalah makhluk Allah yang di jadikan sama seperti kamu hanya Allah sahaja yang terlepas dari serba kekurangan Selepas Nur Muhammad mengunjungi angin maka dia pergi pula mengunjungi Api Nurul Adhom yang pada ketika ini sedang memperlihatkan sikap dan sifatnya, lalu Nur Muhammad memberikan salam kepadanya lalu Api menyahut salamnya, kemudian dia terus memperlihat sikapnya yang di anggap kuat dan hebat apabila aku di sentuh atau menyentuh nescaya musnahlah sesuatu itu, lalu Nur Muhammad berkata ! Adakah engkau menyedari bahawa satu hari nanti manusia akan mempergunakan kamu ? Jawab Api jika demikian engkau lebih baik daripada aku, jawab Nur Muhammad aku adalah hamba yang Tuhan jadikan sama seperti kamu juga, hanya Tuhan saja yang tiada cacat celanya.

 Selepas mengunjungi Api maka Nur Muhammad pun pergi mengunjungi Air, ketika ini Air sedang memperlihatkan sikap dan sifatnya, lalu Nur Muhammad memberikan salam kepadanya, lalu salam itu di sambut, Air berkata tidakkah engkau melihat kehebatanku ? Aku ganas, aku kuat, Aku pemusnah, tiada siapapun yang menandingi aku, lalu Nur Muhammad berkata !t Tidakkah engkau tahu satu hari nanti kamu akan di pergunakan dan di perintah oleh manusia ? Jawab Air !t Jika demikian kamu lebih baik daripada aku !tjawab Nur Muhammad !Aku adalah hamba Tuhan sama seperti kamu hanya Allah saja yang tiada cacat celanya Akhirnya Nur Muhammad pergi pula berjumpa dengan Tanah Nurani lalu memberikan salam kepadanya, salam itu di sambut oleh Tanah dengan baiknya, ketika ini tanah sedang memperlihatkan sikap dan sifatnya yang tenang, dia tidak bongkak, sombong, ego, malah dia sentiasa merendahkan dirinya, lalu Nur Muhammad memperkenalkan dirinya yang di perintah Allah untuk mengunjungi Angin, Api, Air dan dia sendiri lalu Nur Muhammad berkata !t Engkau sesungguhnya akan menjadi kekasih kepada Allah (Muthmainnah) Jawab Tanah !tEngkau rupanya lebih baik daripada Aku, lalu jawab Nur Muhammad !t Sesungguhnya aku sama seperti kamu iaitu hamba kepada Tuhan yang menjadikan aku, hanya Tuhan yang tiada cacat dan celanya Selepas Nur Muhammad mengunjungi le empat-empat anasir tersebut maka Nur Muhammadpun melaporkan kepada Allah hasil selidiknya, lalu Allah berfirman : Sesungguhnya Aku telah memakluminya dari ilmuKu sesungguhnya Aku akan menjadikan manusia (jasmani) dari Empat anasir tersebut kerana Aku tidak mahu bersikap tidak adil terhadap empat anasir yang Aku jadikan serentak (KUN) itu, sejarah anasir ini di padankan dengan firman Allah dalam surah al anbiya ayat 30 dan 32 dan surah al fussilat ayat 9 hingga 12 serta surah qaf ayat 38 Demikianlah rengkasan cerita asal usul alam yang nyata yang Allah jadikan dari empat anasir tersebut yang mempunyai berbagai ragam makhluknya untuk renungan kita bersama dan melihat perangai setip daripada kita dan alam yang lain Perangai Manusia Mengikut Sifat Unsur Tanah, Air, Api Dan Angin Asal tanah daripada air, asal air daripada angin dan asal angin daripada api, ke empat-empat anasir ini berasal daripada Nur, tanah yang di sebut oleh Allah asal kejadian manusia (jasad) yang berbagai perangai dan sikap adalah asas ujudnya air, angin dan api sebagai pengimbang ketahanan diri jasmani apabila Rohani di tempatkan padanya Di dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Tarmizi menyebut begini: Maksudnya:Sesungguhnya Allah !!Azza Wajalla telah menciptakan Adam dari segenggam tanah dari unsur semua zat tanah, maka telah terbentuk keturunan Adam menurut sifat unsur itu, di antaranya berkulit merah,hiam,sawo matang ada yang berkulit halus dan kasar dan ada yang baik dan ada yang jahat Ibnu Abbas dan Ibnu Mas ud serta sahabat yang lain menyatakan Allah telah memerintahkan kepada Malaikat Jibrail turun ke bumi untuk mengambil tanah pilihan, sesampainya ke bumi tanah tidak mengizinkan ia di ambil kerana menganggap ia suatu perbu atan membuat kerosakan lalu ia berkata ” Auzubillahi minka!! jangan engkau merosakan aku, lalu Jibrail naik berjumpa Tuhan dan berkata ” Ya Tuhanku tanah tidak membenarkan dan ia berlindung atas namaMu dan tanah takut Adam akan membuat kerosakan, lalu Allah memerintahkan malaikat Mikail turun kebumi untuk mengambil tanah, sampai ke bumi masalah yang sama berlaku yang mana tanah berkata A uzubillahiminka, kemudian Allah perintahkan kepada malaikat Israfil pula turun ke bumi juga masalah yang sama berlaku yang mana tanah tidak mengizinkan ia diambil, akhirnya Allah utuskan pula malaikat Izroail pula turun ke bumi untuk mengambil tanah pilihan, tanah tetap juga dengan pendiriannya namun malaikat Izroil berkata pada bumi samaada kamu bagi atau tidak aku tetap juga akan mengambilnya kerana ini adalah perintah daripada Allah, jika engkau engkar maka derhakalah engkau kepada Allah Tanah tiada pilihan lain melainkan membenarkan malaikat Izroil mengambil tanah untuk mencipta manusia (Adam yang awal) yang menjadi keturunan manusia, maka sejak dari peristiwa tersebut maka bermulalah malaikat Izroil memegang amanah Tuhan untukmengambil nyawa segala makhluk Allah tanpa mengenal belas kasihan atas perintah Allah kepadanya kerana itulah nyawa setiap manusia tidak akan dapat di lambatkan atau di percepatkan walau dalam keadaan apa sekalipun ROHANI BERKUASA TINGGI Sifat dan sikap Rohani adalah berkuasa tinggi yang tiada tolak bandingnya kerana itu dia sentiasa beserta Allah dan menjadikannya menjalankan urusan Allah iaitu Ammar Rabbi, andainya kejadian manusia awal (jasad) itu di bentuk oleh Allah hanya dengan satu anasir sahaja maka sudah tentu anasir yang hanya satu itu akan musnah, kerana itulah ketahanan jasad manusia mesti di selaraskan dengan kuasa yang ada pada kuasa Rohani tersebut, bab ini perlu di bincangkan dengan para doktor dalam hal anatomi yang melibatkan istilah ilmu sain dan bab ini juga ada di dalam ilmu sifat 20 pada bab Iftiqar, ertinya ilmu sifat 20 bukan hanya untuk mengenal diri Rohani, jasmani dan Tuhan saja akan tetapi ia juga melibatkan ilmu kedoktoran bagi tamadun manusia Sila sama-sama kita perbetulkan tentang ejaan dan ayat-ayat Penciptaan Adam Manusia Pertama Sebelum Allah s.w.t menjadikan Adam sebagai manusia yang pertama, terlebih dahulu Allah s.w.t telah memaklumkan kepada para malaikat bahawa Dia akan menjadikan manusia untuk menjadi pengganti makhluk yang terdahulu daripadanya (Khalifah) Dalam sebuah firman Allah (Al Baqarah ayat 30) menyatakan yang bermaksud: Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat !!Sesungguhnya Aku akan menjadikan se orang khalifah di muka bumi!! Khalifah di sini bermaksud pengganti, iaitu manusia khalifah yang akan mengantikan bangsa Jin yang terlebih dahulu di tugaskan sebagai khalifah di planet bumi, Jin telah membuat kerosakan di bumi kerana anasirnya tidak sesuai dengan planet bumi, lalu Allah telah mengirim bala tentera dari malaikat yang di ketuai oleh Azazil yang pada ketika itu masih patuh dengan perintah Allah, rujuk juga firman Allah Al An am ayat 165 Rujuk juga pandangan Ibnu Abbas r.a dalam tafsir quran Ibnu Katsir Seterusnya saya ceritakan mengikut soal dan jawab untuk kemudahan semua pehak Soalan: Apakah reaksi malaikat apabila Tuhan hendak jadikan khalifah ? Jawapan: Reaksi pertama malaikat tidak bersetuju kerana dia tidak mengetahui sebab dia tidak tahu manusia khalifah itu makhluk jenis apa dan adakah nanti manusia khalifah ini sama perangainya dengan jin yang telah di peranginya yang di ketuai oleh Azazil Soalan: Mengapa malaikat bimbang tentang manusia khalifah ? Jawapan: Kerana sangkaan malaikat nanti manusia akan membuat kerosakan dan bertumpah darah, walaupun manusia khalifah belum terbukti melakukan sebarang kerosakan dan bertumpah darah Soalan: Kemudian apa jawapan Allah ? Jawapan: Jawapan Allah sesungguhnya Aku lebih mengetahui dari apa yang kamu tidak mengetahuinya Soalan: Mengapa Tuhan mengatakan malaikat tidak mengetahi rahsia manusia khalifah ? Jawapan: Kerana malaikat hanya di beritahu tentang ilmu bidang tugasnya sahaja, ini bermaksud pengetahuan malaikat adalah terhad tentang rahsia Tuhan jadikan manusia Soalan: Apakah akhirnya malaikat bersetuju tentang penciptan Adam ? Jawapan: Malaikat akhirnya tidak membantah kerana terbukti Adam telah menerangkan segala benda di syurga (taman) sedangkan malaikat tidak mengetahuinya Soalan: Setelah Tuhan mengatakan malaikat tidak mengetahui dari apa yang di rancangkan oleh Nya, Apakah terjadi selepas itu ? Jawapan: Selepas itu Allahpun pergi mengunjungi Rohani di alam Roh untuk di ambil kesaksiannya seperti firman Allah dalam surah Al A araf 172 Soalan: Kemudian Apakah yang terjadi selepas itu ? Jawapan: Selepas Rohani di ambil kesaksian maka Allah perintahkan empat malaikat mengambil Zat tanah dari bumi Soalan: Mengapa Allah tugaskan malaikat mengambil Zat tanah daripada bumi ? Jawapan: Kerana rahsia tanah bumi sesuai untuk menempatkan Adam menjadi manusia khalifah di planet bumi dan penciptaan bagi persediaan menjadikan Adam ini bukan hanya tanah bumi sahaja bahkan tanah syurga juga sebab manusia bakal akan mendiami di syurga juga Soalan: Di manakah manusia khalifah akan di ciptakan oleh Tuhan ? Jawapan: Manusia pertama di jadikan oleh Tuhan di jannatul khuldi, bukan di bumi, syurga ataupun jannah adalah juga di kenali sebagai tempat balasan anak cucu Adam yang soleh dan soleha Soalan: Adakah semasa Tuhan memaklumkan pada malaikat Rohani telah di cipta ? Jawapan: Benar ! Rohani telah di cipta oleh Allah lebih awal daripadanya cuma belum lagi dapat bertugas sebagai manusia khalifah sebab lembaga Adam (jasmai) belum lagi di jadikan Tuhan Soalan: Mengapakah Rohani belum boleh bertugas sebagai hamba sehingga manusia pertama dicipta ? Jawapan: Rohani tidak boleh bertugas kepada Tuhan tanpa jasmani sebab jasmanilah akan menjadi saksi atas perbuatan Rohani itu dan Rohanilah sebenarnya diri manusia tersebut lihat al qiyamah 14 Allah Mencipta Lembaga Adam Allah mencipta lembaga Adam daripada sari pati tanah yang di ambil daripada bumi dan juga langit, tanah-tanah ini di adun dengan air serta bau-bauan dari syurga, di antara tanah yang di sebut di dalan Al Quran ialah : Tanah Tin, tanah liat tin yang mampat, tanah yang panas yang hilang baunya, tanah keras seperti tembikar Selepas adunan itu selesai maka Allah dengan sifat Jalal dan Jamalnya mula membentuk lembaga Adam dengan tanganNya (qudrat dan iradatNya) Setelah lembaga Adam di bentuk maka ia di biarkan sehingga menjadi hitam dan berubah baunya Selepas di bentuk dalam keadaan kosong maka lembaga tersebut di biarkan kering sehingga ia berbunyi nyaring apabila di sentuh (di ketuk) dengan benda yang lain, semasa lembaga Adam terbiar mengikut masa yang tertentu itulah iblis datang untuk melihat ciptaan Tuhan tersebut, di tendangnya lembaga tersebut lalu mengeluarkan bunyi yang nyaring (Min shal shalin kal fakh khar) seperti bunyi tembikat yang kosong dan iblis juga telah masuk ikut lubang mulut lembaga itu dan ia keluar pula ikut lubang dubur lembaga Adam Iblis ketika keluar dari lembaga Adam berikrar akan menysatkannya dan demikian juga terhadap anak cucunya, namun mana-mana yang tetap mengikut jalan yang benar maka tidak ada kuasa baginya untuk disesatkannya malah dia akan menghalang mereka dari di sesatkan. Apabila sampai waktu yang di tetapkan maka Allah dengan sifat Jalal dan JamalNya meniupkan Rohani dari ciptaannya masuk kedalam jasad Adam, lalu lembaga tersebut berubah menjadi makhluk yang dapat bergerak seperti manusia biasa, dengan cepat dan tergesa-gesa dia mahu berdiri tapi tidak berdaya Adam yang di cipta oleh Allah setinggi 60 hasta (90 kaki) dan lebarnya 7 hasta (15 kaki) akhirnya dapat berdiri,kemudian Allah perintahkan semua malaikat sujud kepada Adam, semua malaikat sujud kecuali Iblis yang tidak mahu sujud kerana dia takbur tentang asalnya daripada api sedangkan Adam di jadikan daripada tanah kontang, demikian pandangan Iblis tentang Adam, lalu Allah murka kepadanya Allah berfirman: Hai Iblis apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada makhluk yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu ? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi ? Jawab Iblis ! Aku lebih baik daripadanya Engkau cipta aku daripada api sedang dia Engkau cipta daripada tanahFirman Allah: Jika demikian keluarlah engkau daripadanya (syurga) Sesungguhnya engkau telah di laknat terus menerus sehingga hari kiamat, Iblis pula berkata!! Jika demikian berilah aku tempuh sehingga ke hari mereka di bangkitkan, kemudian atas permohonan Iblis itu Allah perkenankan, lalu Iblis berikrar untuk menyesatkan Adam dan anak cucunya semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang di antara zuriat Adam yang telah di bersihkan dari kederhakaan dan penyelewengan Soalan: Mengapa Al lah cipta Adam menggunakan dua sifat Jawapan: Sebab dengan dua sifat tersebut ia itu sifat Jalal (kebesaran) dan sifat Jmal (Keindahan) menunjukkan bahawa sifat tersebut Allah berkuasa menjadikan hambanya dengan sempurna dengan tiada cacat cela kerana terdapat sifat qudrat dan iradat atas dasar kemahuanNya dan keindahan bagi sekalian ciptaaNya dan sifat itulah yang mutlak bagi DiriNya Soalan: Mengapa lembaga Adam di biarkan setelah selesai di cipta ? Jawapan: Sebab hendak menentukan kematangan batang tubuh manusia (Adam) mengikut prosesnya iaitu tempuh matang untuk sesuatu kejadian bagi menetapkan fitrah ilmu bagi manusia untuk di fikirkan Soalan: Bukankah lebih baik Allah jadikan Adam berasaskan KUN FAYAKUN ? Jawapan: Kita hendaklah ingat bahawa yang di jadikan oleh Allah ialah jasad Adam BUKAN Rohaninya, jasmani Adam inilah yang di cipta oleh Allah supaya di fikirkan oleh Tuhan yang menjadi fitrah ilmu kepada manusia untuk di buat kajian (anatomi) Jika Allah jadikan lembaga Adam berasaskan KUN maka manusia hari ini tidak berjaya menyingkap rahsia imu anatomi kecuali kepada mereka yang arif sahaja Soalan: Mengapa Iblis tendang lembaga Adam, pada hal dia belom lagi di istihar dehaka dan takbur ? Jaapan: Segala perbuatan Iblis pada ketika itu adalah untuk mencari rahsia kejadian manusia sama ada manusia akan melawan apabila di sanggah ataup un tidak, kebetulan apabila Iblis menendang lembaga Adam rupanya lembaga itu ber bunyi, ertinya manusia akan melawan apabila dia di apa-apakan dengan cara yang tidak hak, inilah suatu fitrah sebenarnya, jika di tendang tidak berbunyi alamat manusia menerima apa saja tanpa bantahan dan ikhtiar inilah fitrah hukum namanya

Soalan: Mengapa Iblis masuk kedalam lembaga Adam ? Jawapan: Ini juga suatu fitrah sebenarnya kerana akan masuk kedalam lembaga Adam itu makhluk yang ghaib sepertinya, iaitu Rohani, malaikat hafazho dan qarin akan tetapi Iblis tidak faham rahsianya kerana di hijab oleh Allah pengetahuannya sampailah ia tidak mahu tunduk kepada Adam dan terus membantah perintah Tuhan kerana tidak mahu tunduk sujud apabila di perintahkan oleh Allah sujud, Iblis tetap dengan pendiriannya dengan menyebut Adam di cipta dari tanah sedangkan dia dari api dan dia tak tahu rahsia Rohani yang di tiupkan Allah ke dalam jasad Adam tidak terfikir olehnya bagaimana Adam bangun dan bersifat hidup Soalan: Adakah Adam boleh nampak malaikat sujud dan Iblis tidak sujud kepadanya ? Jawapan: Adam boleh nampak pada ketika itu tapi dia tidahk tahu siapakah makhluk yang di perintahkan Allah sujud kepadanya kerana dia melihat dengan mata hatinya dan terus ke mata jasadnya Soalan: Adakah Iblis tidak tahu rahsia Rohani yang terdapat dalam jasad Adam ? Jawapan: Pada ketika itu dia tidak tahu sehinggalah Adam dan Hawa dapat di sesatkannya Soalan: Mengapa Allah perkenankan permohonan Iblis hendak sesatkan Adam dan anak cucunya ? Jawapan: Allah dengan sifat kasih sayangnya tetap memberikan keizinan kepada sekalian makhluk ciptaanNya tanpa memilih siapa mereka, ini juga satu fitrah bagi DiriNya cuma Allah akan memelihara siapa di antara hambaNya yang patuh dengan perintahNya, ternyata Iblis sudahpun tidak mahu mengikut perintah Allah supaya sujud kepada Adam, ertinya sesiapa manusia yang tidak mahu ikut perintah Allah maka ia samalah seperti Iblis yang di beri nama syayatinul Ins, ini semua adalah suatu fitrah hukum Soalan: Apakah maksud fitrah hukum ? Jawapan: Fitrah hukum itu ialah sesuatu fitrah peristiwa awal untuk di kenalpasti yang kemudiannya melahirkan sumber panduan hidup tentang kewujudan pantang dan larang yang di tunjukkan Allah kepada manusia sebagai rujukkan sekalipun Allah menggunakan makhluk yang ternyata telah melanggar perintah Allah

ertinya Iblis adalah makhluk yang telah di tetapkan oleh Allah untuk menjadi ujian kepada manusia, dengan adanya peristiwa Adam dan Iblis maka lahirlah panduan untuk di jadikan suri tauladan Selepas Adam ber diri tegak dan Allah memerintahkan kepada malaikat sujud kepadanya (malaikat semuanya sujud kecuali Iblis) maka Adam di berikan kebebasan menjelajah di dalam syurga dan makanlah buah-buahan yang di sukainya yang terdapat di syurga itu Sesudah sekian lama berjalan dan meninjau keadaan syurga maka Adam mersa LETIH dan mengantuk lalu TERTIDUR, Apabila Adam terbangun daripada tidur di dapatinya seorang wanita sedang duduk di sebelah kepalanya lalu Adam menegur perempuan tersebut !!Siapakah kamu ? Jawab wanita itu !!Saya adalah seorang wanita!! Adam bertanya lagi !Untuk apa kamu di jadikan ? Jawab wanita itu ” Aku di jadikan supaya kamu jinak kepadaku ! nampaknya wanita itu cukup faham yang dia adalah menjadi kecenderu ngan untuk Adam, ertinya dia faham bahawa dia adalah makhluk penggoda seorang lelaki Sebaik saja wanita itu menyatakan bahawa dia adalah penjinak untuk lelaki maka Adampun memerintahkan wanita itu datang kepadanya, lalu wanita itu berkata!! Kamulah datang kesini ! Ketika Adam mahu menghampiri wanita itu maka Adam terdengar suara !!Wahai Adam ! tunggu dulu, kerana wanita itu belum lagi halal bagimu, kemudian Allah perintahkan malaikat berkumpul lalu Adam di ijab kabulkan di bawah sepohon pokok di syurga yang bernama (Shajaroti Thouba) yang di saksikan empat malaikat Jibrail,Mikail,Isrofil dan Izroil Sebelum di akad nikahkan, malaikat yang berada berhampiran Adam dan wanita itu bertanyakan kepada Adam !!siapakah namanya wahai Adam ? Jawab Adam ! namanya Hawa ! Bertanya malaikat lagi !!Mengapa Hawa ? Jawab Adam ” kerana dia di jadikan dari benda yang hidup!! Sebaik saja Adam dan Hawa di ijab kabulkan , tidak lama selepas itu maka turunlah perintah Tuhan kepada Adam seperti yang di nyatakan dalam Al A araf 19 Firman Allah: (Dan wahai Adam, tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari maka nan sepuasnya apa saja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu menghampiri pohon ini (jika hampiri) jadilah kamu dari golongan yang zalim) Iblis yang begitu beden dam kepada Adam berikrar untuk menyesatkan Adam dan berusha keras menjalankan tipu dayanya secara halus yang kadangkala tidak di sedari oleh Adam sendiri, akhirnya Adam dapat di sesatkan oleh Iblis dengan membisikkan ketelinga Adam dan Hawa supaya menghampiri pohon khuldi dan memakannya, sebaik saja kedua mereka memakan buah tersebut maka terbukalah pakaian mereka Setelah Adam dan Hawa memakan buah khuldi yang di larang oleh Allah kepada keduanya dan lupa ia akan perintah Allah setelah merengan-rengankannya maka Allah tersangat murka lalu memanggil mereka keduanya Bukankah Aku telah melarang kamu daripada menghampri pohon itu ? Dan Aku telah peringatkan bahawa syaitan itu musuh kamu yang terang dan nyata (Al Aaraf 22) Adam ketika di suruh oleh Allah mengadapnya pada mulanya dia merasa malu kepada Tuhan dan cuba untuk melarikan diri tiba-tiba Tuhan memanggilnya UWahai Adam kemana engkau akan lari ? Jawab A dam U Tidak wahai TuhanKu, Ampunkan dosa kami wahai TuhanKu ! Berfirman Allah U Turunlah kamu kesemuanya setengah kamu menjadi musuh kepada setengah yang lain, di bumi tempat kamu tinggal sehingga di suatu masa (Al A araf 24) Soalan: Mengapa Iblis tidak mahu sujud pada Adam ? Jawapan: Dia tidak mahu sujud pada Adam sebab takbur dengan asal usulnya daripada api Soalan: Iblis tidak mahu sujud kerana apa ? Jawapan: Dia tidak mahu sujud kerana dia tidak tahu rahsia Adam yang beserta Allah dan dia juga terlupa kepada yang memerintahkannya sujud itu adalah Tuhannya, yang ganjilnya ketika nak menyesatkan Adan dia memohon kepada Allah untuk mendapatkan kebenaran Soalan: Bahasa apakah yang di gunakan dm di syurga ? Jawapan: Adam menggunakan bahasa arab dan iblis juga berbahasa arab Soalan: Mengapa wanita itu tahu yang dia seorang wanita ? Jawapan: Sebab dia adalah seorang penggoda kepada lelaki dan dia juga tahu dia berasal dari sifat nafsu iaitu hawa kepada nafsu adam di sebelah kiri iaitu nafsu amarah, lawammah dan radhiah dan dia tahu bahawa hawa nafsunya mengatasi lelaki kerana dia ada tiga jenis darah iaitu darah merah, darah putih (benih) dan air susu, dia bukan di jadikan dari tulang rusuk Adam di sebelah kiri sebagaimana pandangan ahli kitab Soalan: Mengapakah wanita itu tahu bahawa dia adalah untuk penjinak lelaki (Adam) ? Jawapan: Sebab dia dapat mersakan ransangan hawa nafsunya kerana mempunyai tiga jenis darah namun akhlak malunya melebihi lelaki sebab itu Adam mahu menerkamnya lalu di tegur oleh Allah Soalan: Mengapa Adam memerintahkan kepada wanita itu supaya datang kepadanya ? Jawapan: Kerana fitrah manusia wajib mengikut kata-kata seorang lelaki (rijal) Soalan: Mengapa wanita itu berkata kepada Adam !!kamulah datang kepadanya ? Jawapan: Kerana fitrah lelak ilah datang melamar wanita ertinya bukan perigi mencari timba, inilah sejarah fitrah ijab dan kabul dan bermulanya halal di antara seorang lelaki dan wanita Soa lan: Mengapa malaikat bertanyakan siapa wanita itu kepada Adam ? Jawapan: Sebab bentuk Adam dan wanita itu berbeza sekalipun mereka berdua memakai pakaian syurga iaitu cahaya, dan Adam memberitahu malaikat bahawa wanita itu adalah Hawa Soal an: Malaikat bertanya Adam mengapa Hawa ? Jawapan: Adam menjawab sebab Hawa di jadikan daripada benda yang hidup, ertinya Hawa bermaksud benda yang hidup atau menghidupkan Soalan: Bagaimana Adam tahu wanita itu Hawa ? Jawapan: Sebab Adam dapat merasakan sesuatu rahsia yang terdapat pada diri Hawa, sebab itu pada awalnya dia mahu menerkam Hawa lalu terdengar suara menahannya “Adam ! tunggu dulu kerana ia belum halal bagimu, kemudian dia diijab kabulkan di bawah sepohon kayu bernama sajaroti touba Soalan: Mengapa Adam dilarang Allah supaya jangan menghampiri pohon itu, dan siapa sebenarnya pohon itu ? Jawapan: Sebenarnya pohon itu adalah Siti Hawa sendiri, demikianlah ayat qiasan di dalam quran yang mengatakan pohon khudi Soalan: Jika Siti Hawa itu adalah pohon yang tidak boleh di hampiri oleh Adam, Mengapa ? Sedangkan mereka telah di ijab kabulkan ? Jawapan: Sebab di syurga bukanlah tempat untuk membiak manusia, syurga adalah tempat pembalasan bagimanusia yang soleh sebab itu dia dilarang menghampiri pohon khuldi (Hawa isterinya) Soalan: Kemudian apakah yang terjadi ? Jawapan: Iblis dapat mempengaruhi Adam dan Hawa dengan membisikkan kepada Adam dan Hawa supaya memakan buah khuldi kerana kata iblis jika Adam mahu kekal tinggal di syurga, dan Tuhan tidak akan memarahi kamu berdua, beria-ia Iblis mempengaruhi mereka berdua sehinggakan Iblis bersumpah dengan nama Allah, akhirnya berlakulah hampir menghampiri, kemudian mereka terus memakan buah itu, iaitu Adam makan buah Hawa dan Hawa makan buah Adam, lalu terbu kalah pakaian keduanya Soalan: Apakah maksudnya makan buah ini ? Jawapan: Maksudnya mereka telah melakukan persetubuhan, sebab itu ketika Hawa turun kebumi dalam keadaan mengadung kali pertama, demikian kesah yang di kesahkan oleh kitab manusia di langit dan bumi karangan Al Marhom senator amaluddin Darus Soalan: Kemudian apakah seterusnya ? Jawapan: Atas kesalahan Adam melanggar perintah Tuhan maka Allahpun memurkai mereka, lalu Allah arahkan mereka keluar dari syurga, dan Adam sebenarnya bukanlah bersalah kerana bersetubuh, kerana ia telahpun halal sebagai suami isteriakan tetapi dia bersalah kerana melanggar tegahan Tuhan, Jangan hampiri pohon ini ! Adam dan Siti Hawa setelah melakukan kesalahan maka Allah perintahkan mereka keluar dari syurga khuldi, mereka berdua dan Iblis juga di arahkan turun kebumi dan menjadi musuh di antara mereka, sebelum Adam turun ke bumi mereka sempat memohon ampun kepada Allah, ketika Adam hendak memohon ampun kepada Allah ketika mana dia hendak mengangkat kepalanya maka ketika itulah dia nampak di tiang aras kalimah shahadah Hadis yang di riwayatkan oleh Al-Baihaqi (seorang Imam hadis bermazhab syafie 384 H- 458 H)

Maksudnya: Wahai Adam, Bagaimana kamu tentang Muhammad pada hal Aku belum lagi menjadikannya ? Adam menjawab: Wahai Tuhanku, ketika Engkau ciptakan aku (ketika memohon ampun) aku mengangkat kepala kemudian terlihat olehku tulisan di tiang Arsy berbunyi La Illaha Ill Allah Muhammaddarrasullullah Kalimah tersebut memberi kefahaman kepada Adam selepas Tuhan ampunkan dosanya dan di anggap kalimah tersebut sebagai kalimah karamah yang awal di berikan Allah kepada manusia pertama itu, dengan kalimah itu fahamlah Adam bahawa Muhammad (manusia) adalah pesuruh Allah Dalam hadis qudsi yang lain yang di riwayatkan oleh Abu Naiem (Ahmad bAbd ullah b Ahmad Al Asbahani seorang hafiz quran di lahirkan di Asbahan 336 H- 430 H) meriwayatkanMaksudnya: Tidak pernah Aku ciptakan satu ciptaan yang lebih mulia menurut panda nganKu, telah Aku tuliskan namanya (Muhammad) bersama namaKu di Arsy sebelum Aku ciptakan tujuh lapis langit dan bumi Ayat yang di atas jelas menunjukkan bahawa ujud nama Tuhan dan Manusia (Muhammad) di Arsy sebagai pengetahuan kepada manusia dan ujud juga tujuan manusia (Muhammad) untuk mereka bersyahadah kepada Tuhan dan bersyahadah pengakuan diri mereka kepada Allah dan inilah suatu riyaliti yang terdapat sehingga ke hari ini dan demikianlah juga dengan kembaran ALLAH dan MUHAMMAD yang menjadi hiasan dinding Nabi Adam dan Siti Hawa semasa turun kebumi maka berlakulah suasan gawat dengan ribut petir sambung menyambung yang mengh asilkan kemudiannya menjatuhkan sejenis batu hitam (Hajratul Aswad) sesampainya di bumi mereka berpisah di antara satu dengan yang lain demikian juga Iblis yang di rejam kemudiannya di kenali sebagai syaitan, ertinya di atas dia terkenal dengan nama Iblis dan di bumi dia bernama syaitan (Jauh dari rahmat Allah) Nabi Adam di turunkan di sarindit Pulau ceylon dan Hawa di Padang arafah demikian fakta sejarah yang tidak di catat di dalam Al Quran, walau apapun yang pentingnya mereka bertiga iaitu Adam dan Hawa serta syaitan kekal di planet bumi sehinggalah ke hari ini, di antara mereka berdua telah menjadi musuh dan keturunan Adampun bermusuhan sesama di antara mereka Adam dan Hawa sesampai di planet bumi mereka memohon ampun sekali lagi kepada Tuhan Robbana zolamna anfusana   namun syaitan tidak pernah menyesal akan kesalahannya kepada Tuhan malah menuduh Tuhanlah yang menyesatkannya. Nabi Adam dan anak cucu Adam dan Hawa di peringatkan oleh Tuhan : Dibumi kamu hidup dan mati dan mereka akan di turunkan dengan petunjuk dari Allah dan RasulNya, sesiapa yang mengikutinya tidak ada siapa yang dapat menyesatkan mereka, dan sesiapa yang berpaling daripadanya akan di kumpulkan di dalam neraka

Dan jangan kamu berdua mendekati pohon itu (Al Baqarah 35) Ayat yang di atas adalah ayat perumpamaan, Adam dan juga siti Hawa di peringatkan oleh Allah s.w.t supaya JANGAN mendekati pohon itu, ayat di atas samalah juga dengan ayat larangan Allah kepada bani Adam!!Jangan kamu hampiri zina!! Adam dan siti Hawa di berikan oleh Allah kebebasan berjalan dan memakan makanan apa saja dari syurga keculai hampiri pohon itu, ertinya Adam dan siti Hawa merdeka di situ, namun kemerdekaan yang di berikan tidak bermakna jika tiada peraturan dan undang-undang, peraturan ada suruh dan ada larangan supaya mereka dapat kemerdekaan seratus peratus Andai semua kebebasan itu ada penghalangnya maka kebebasan akan hilang dan kerugianlah yang akan di tanggung dan penyesalanlah yang akan dapat, ini adalah suatu fitrah yang perlu di fahami sampai bilabila demikianlah juga dengan erti kemerdekaandan kemerdekaan tidak menjadi sempurna jika tiada pantang dan larang Mengapa ujud pantang dan larang dalam kebebasan dan kemerdekaan ? Jawapannya mudah kerana fitrah kehidupan manusia di lengkapkan dengan berbagai ujian untuk manusia mengukuhkan keimanan dan kepercayaan, di sinilah letaknya peranan ujian dari Allah melalui Iblis yang di izinkan oleh Allah untuk menguji Adam dan Hawa Iblis yang berdendam terhadap Adam dan Hawa berjaya menjalankan tugasnya untuk menyesatkan Adam dan Hawa yang akhirnya dia berjaya mengeluarkan mereka daripada syurga kerana mengikut kata Iblis dan mengabaikan larangan daripada Allah, maka di sinilah Iblis menunjukkan sifat takbur kali yang kedua, sekali ketika bangga dengan asal usulnya daripada api dan kedua kerana berjaya menyesatkan Adam dan Hawa Di tipunya Adam dengan kata-kata ( Wahai Adam, mahukah kamu aku tunjukkan kepadamu pohon dan kerajaan yang berkekalan dan tidak akan binasa ?) Thaha 120 . Dengan bujukan Iblis itu maka Adam dan Hawa makan juga buah tersebut kerana mahukan kekal dan tidak binasa Selepas mereka makan pohon tersebut maka terbukalah pakaian mereka berdua lalu berlakulah apa yang menjadi fitrah pada seorang lelaki dan perempuan (manusia) di syurga rasanya ini sangat di fahami, namun ingat ! bahawa mereka bukan melakukan zina hanya mereka telah melanggar perintah Allah supaya jangan mendekati pohon itu, jadi nyatalah bahawa pohon yang di maksudkan adalah Adam dan Hawa itu sendiri

 

URUTAN DARI PERISTIWA FITRAH INI:

 

* Pohon itu maksudnya Adam dan Hawa * Buah khuldi adalah buah Adam dan Hawa * Sudah menjadi fitrah bahawa jika buah dan pohon di maka maka pakaian boleh lucut * Buah itu sebenarnya tidak kekal sebagaimana dakwa Iblis * Di larang mendekati lelaki dan perempuan yang bukan muhrim * Berhati-hati dengan janji syaitan, dan teliti dengan janji-janji manusia * Fahami dengan erti kebebasan dan kemerdekaan Apa yang berlaku kepada Adam dan Hawa akan menjadi fitrah hukum untuk anak cucunya

 

MENGENAL AHLI ALLAH DAN AHLI SYAITAN

Istilah yang di atas adalah suatu ketetapan daripada Allah s.w.t sebagai ingatan kepada manusia yang bertaraf sebaik-baik kejadian, sebenarnya walaupun Allah s.w.t menetapkan bahawa manusia adalah di antara makhluk Allah yang paling sempurna namun di antara manusialah yang paling hina kerana ada di antara manusia yang bertarap haiwan dan syaitan Manusia yang di kurniakan oleh Allah akal perlulah mengenal dan menilai diri mereka tanpa ada kepentingan diri sendiri, manusia juga perlu menyelamatkan diri mereka dengan mengubah sikap bagi keselamatan diri dan keluarga mereka dengan menj adikan diri mereka sebagai ahlullah atau ahli Rabbani sebagaimana firman Allah ( Jadilah kamu orang Rabbani, dengan mengajarkan kitab, dan mempelajarinya) Ali Imran 79 Ayat yang di atas Allah s.w.t menegaskan kepada manusia supaya kamu (manu sia) menjadikan diri mereka sendiri sebagai ahlullah dengan mengajarkan kitab ia itu al quran serta mempelajarinya, mengajar kitab al quran yang di tetapkan oleh Allah sebagai Huddan bukalah suatu yang mudah melainkan mereka terpaksa mempelajarinya dengan seorang yang arif tentang selok belok Asbabul nuzulnya serta sejarah quran itu secara menyeluruh yang berteraskan bahasa arab, tidak boleh bahasa yang lain melainkan tafsiran dan terjemahannyaOrang alim Rabbani apabila telah mempelajari kitab dan mengajarnya maka berhaklah mereka di panggil kumpulan Allah (Ahlullah) yang telah di tetapkan oleh Allah hati mereka (Ruhul Yaqazah) dengan roh yang baik dan akal yang sempurna dan merekalah juga di kenali sebagai Hizbullah (Mereka itu adalah penyokong Allah, ketahuilah bahawa penyokong Allah itu adalah orang yang menang) Al Mujaddalah 22 Sementara itu ada lagi satu kumpulan manusia yang di tetapkan oleh Allah sebagai kumpulam syaitan jenis manusia dan jenis haiwan ia itu kumpulan yang tidak mahu menyampaikan isi al quran secara sebenar sekalipun mereka itu bergelar ahli kitab atau ahli yang cuba memutarbelitkan isi kitab dengan mengelirukan ilmu nahu kerana tidak mempelajari tajwid yang terdapat pada al quran, mereka ini di sifatkan oleh Allah sebagai manusia yang telah di kuasai oleh syaitan, sebagaimana firman Allah menyatakan: (Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati ajaran Allah, mereka itu adalah kumpulan syaitan, dan kumpulan syaitan itu adalah kumpulan yang rugi) Al Mujaddalah 19 Dan firman Allah lagi : (Sesungguhnya mereka yang menentang Allah dan Rasulnya, mereka termasuk golongan yang amat hina) Al Mujaddalah 20

 

TERSEMBUNYI

 

Apa-apa yang tersembunyi yang di ujudkan oleh Allah ia adalah suatu rahsia yang mesti di selidiki oleh umat islam mengikut kemampuan dan keupayaan sehingga ia dapat di fahami dan menjadikannya ilmu untuk di amalkan serta pengakuan, sebagai contoh yang nyata apabila semua makhluk yang di jadikan Tuhan termasuk manusia maka manusia perlu mengkaji dirinya supaya mereka benar-benar faham bahawa mereka adalah manusia walaupun pada asalnya mereka adalah makhluk yang Allah jadikan Segala rahsia mestilah di cari dan di farakkan dengan menilai darjat-darjat yang ada, contohnya ialah dari makhluk menjadi manusia, dari taraf manus ia menjadi insan, dari insan menjadi insan kamil, dari insan kamil menjadi insan kamil wa mukamil, Allah sentiasa melapangkan akal untuk memahami sesuatu, seterusnya sesuatu itu jika ada suruhan ataupun larangan maka di sana akan dapat kita jadikan batas dan sempadan ini tertakluk kepada keimanan seseorang Istilah yang di utarakan oleh ulama setelah mereka berijtihad ataupun bermunajat mengikut nas al quran dan hadis nabi maka tentunya ia akan menghasilkan sesuatu yang dapat membawa faedah kepada manusia dalam hidup bertamadun mungkin hasil dari berijtihad itu akan menghasilkan sesuatu yang kadangkala semacam berkhayal akan tetapi itu semua adalah datang daripada Allah asalkan tidak bercanggah dengan asas quran dan hadis rasullullah saw Cuba kita perhatikan istilah di bawah ini: Manusia terdiri dari berbagai-bagai unsur yang nyata dan juga ghaib, yang penting di antara keduanya ialah yang ghaib, maka yang ghaib itu berasal daripada Nur demikian juga yang nyata, iaiatu Allah (Kullum min indillah) setiap sesuatu itu adalah daripada Allah, sedangkan Allah itu adalah NUR kepada cahaya langit dan bumi, itu adalah secara kasarnya, akan tetapi jika kita bawa kepada diri kita maka pengertiannya adalah lebih meluas lagi istilahnya Sebagai contoh: diri manusia itu disebut sebagai diri terdiri (jasmani) diri terperi (Ruhul Yaqazah) diri sebenar diri manusia (Ruhul hayat) diri tajalli (Insam Kamil) Apa yang kita fahami ialah apabila di sebut Ruhul Yaqazah,Ruhul Hayat dan Insan Kamil maka ia memahamkan kepada kita pada bab zat dan juga soal roh, yang inilah perlu di fahami oleh manusia Persoalannya ialah adakah yang ghaib yang bertaraf zat dan roh itu terdiri daripada listrik positif (proton) ? atau listrik negatif (electron) ? yang mana kedua-dua ini apabila berpadu akan menghasilkan butiran-butiran atom, dan apa bila ia dinamakan atom adakah a juga di kenali sebagai atom hidrogen yang terdapat di dalamnya unsur-unsur atom neutral yang di namakan neutron ? Sesungguhnya konsep atom ini mungkin banyak konsepnya kerana proton dan neutron juga dapat membentuk atom, oleh itu cuba pula kita perhatikan perkara yang ghainb dan tersembunyi yang terdapat di dalam diri manusia sehinggakan manusia dapat hidup secara selesa dengan menghasilkan afal Allah hasil dari penguasaan Zat Allah terhadap sekalian hambaNya Kerana itu adakah konep mengenal diri dan Allah itu sia-sia ? Ijma ulama ada menyebuat jika kita tak kenal diri maka mereka akan menjadi tidak sedar diri, jika mereka tidak mengenal Allah maka mereka ada cita-cita nak jadi Allah (syirik) Kerjasama di pinta untuk memperbetulkan ejaan yang salah.

Tinggalkan komentar