10 Usul Diri

PERHUBUNGAN ROHANI DAN ALLAH

 

Di dalam masalah perhubungan Allah dan Rohani itu perlu di pelajari dengan penuh hati-hati kerana ia tersangat seni dan kritis, jika tersilap memahamkannya boleh menjadi tersesat dan terkeluar daripada fahaman akidah yang sebenar, oleh kerana perhubungannya dengan Allah ini suatu yang berbentuk kerohanian maka manusia perlu mempelajari ilmunya dengan betul dan bertanyalah kepada orang yang Arif, di dalam Al Quran Alla h berfirman (Dan ia tetap beserta kamu di mana juga kamu berada) Al Hadid 4. ayat ini mengesahkan bahawa berlaku perhubungan di antara yang tersirat dengan yang Maha tersirat iaitu perhubungan Rohani dan Allah swt, jika perhubungan ini tidakberlaku maka tidaklah alam ini menjadi kenyataan dan tidaklah menjadi bermakna sama sekali, kerana itulah manusia di tuntut mempelajarinya, jika tidak manusia sentiasa berada di dalam keadaan syirik dan syirik itu adalah perbuatan yang terkutuk dan di kutuk oleh Allah swt, oleh kerana perhubungan di antara Rohani ini tersangat penting maka umat manusia wajiblah mempelajari asas-asas ilmu itu dahulu sebelum benarbenar memahaminya kerana ilmu ini di sentoh secara amnya sahaja di dalam Al Quran, kerana itu ulamak berijtihad untuk menyusun mengikut Nas yang terdapat di dalam Al Quran dan Hadis Rasullullah saw, sehingga kedudukkannya dapat difahami walaupun tidak semestinya menepati maksud yang sebenarnya, namun apa yang penting jangan sampai terjebak dengan perbuatan syirik, kerana itu penulis menganjurkan supaya di pelajari ilmu ini dengan ilmu sifat dua puluh yang berasaskan kerohanian, jika tanpa kerohanian maka ia tidak akan membawa kepada kefahaman yang sebenar dan tidak akan bertemu dengan ilmu kerohanian, adapun ilmu kerohanian ini di sebut oleh Allah di dalam Al Quran sebagaimana firmanN ya Maksudnya: Dan mereka bertanyakan kepadamu tentang Roh, katakanlah “Roh itu adalah urusan Tuhanku, dan kamu tidak di berikan ilmu (tentangnya) melainkan sedikit sahaja (Bani Israil 85) Ayat yang di atas adalah menunjukkan bukti kokoh tentang ujudnya makhluk yang bernama Roh (Kerohanian) tersebut, makhluk ini di cipta oleh Allah untuk mengabdikan dirinya kepada Allah dan telahpun mengakui bahawa dia telah membuat pengakuan di alam Roh, demikian di terangkan oleh tafsir Al Quran pimpinan ArRahman pada bab petunjuk ayat muka surat 1465 bab tauhid dan rujukkan pada ayat Al A’araf 172 dan di katakan juga Roh itu adalah kepercayaan Tauhid dan rujukkannya pada ayat Al Baqarah 255 ini menunjukkan bab Roh ini adalah persoalan akidah dan juga di katakan bahawa orang yang tidak mengambil berat tentang tauhid adalah golongan orang-orang kafir yang fanatik buta. Kita kembali kepada ayat bani Israil ayat 85 yang menerangkan bahawa Roh itu di uruskan oleh Allah dan ilmu tentangnya di perkenalkan oleh Allah hanya sedikit, maksudnya tidak meluas Apa yang kita kena faham ialah soal ilmu Roh yang sedikit itu ialah supaya manusia tidak menyelidik ilmu tentangnya secara meluas, umpamanya Roh itu dijadikan oleh Allah daripada bahan apa? sepertimana Allah jadikan Adam daripada tanah, kerana soal kerohanian ini bukanlah setakat Roh sahaja akan tetapi apa-apa yang berbentuk kerohanian adalah termasuk ilmu Rohani, iaitu ilmu makhluk yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar, kepada umat islam jika mereka mengkaji Roh maka itu adalah satu bab sahaja dari bab kerohanian tersebut maka tidaklah wajar bagi manusia takut untuk mengkajinya malah yang dikaji itu ada di dalam batang tubuhnya sendiri, lojiknya apa yang ada didalam rumah kita pun wajib kita mengetahuinya atau apa yang terdapat di dalam poket kitapun wajib kita mengetahuinya sama ada yang benar ataupun yang salah, didalam asas ilmu Roh ini jika kita kata kana bahawa ia di uruskan oleh Allah maka asas ilmu iftiqar pada ilmu sifat dua puluh adalah yang paling tepat untuk kita memahaminya kerana ilmu Roh itu berlegar pada sifat Qahar Allah swt dan yang menguruskan Roh itu adalah sifat Kamal Allah swt, yang mana ia di kuasai oleh ke Esaan Allah itu sendiri, jika tidak mana mungkin manusia boleh memahami ilmu Roh itu jika tidak melalui ilmu tersebut inilah satu-satu ilmu yang lebih terang dan jelas untuk di fahami, namun ilmu ini pula menjadi bahan ketakutan manusia untuk mempelajarinya kerana di katakan merb ahaya dan di rujuk pula kepada sebab dan musabab pandangan mazhab wahabi yang telah mengharamkan ilmu sifat dua puluh itu kerana di katakan membawa kepada kemunduran dan khurafat

 

NILAI KEROHANIAN

Allah swt menilai makhluk kerohanian ini dengan nilai yang tinggi dan utama, namun manusia memandang rendah dan tiada nilai, jika manusia menilainya sudah pasti manusia mempelajarinya dan mengambil berat tentangnya, sehinggakan makhluk Allah yang bernama Malaikat dan Jin pun di perintah oleh Allah sujud kepadanya, sebagaimana firmanNya: Maksudnya: Maka apabila Aku sempurnakan dia (Adam) dan Aku tiupkan padanya Roh dariKu maka hendaklah kedua kamu sujud kepadanya (Al Hijr 29) Ayat yang di atas menerangkan selepas sahaja Allah swt mencipta Adam dengan sempurna (Berbentuk manusia) maka Allah pun meniupkan Roh (ciptaan) Tuhan ke dalam jasad Adam, selepas itu Allah swt memerintahkan kepada Malaikat dan Jin sujud kepada Adam, ayat ini jelas menunjukkan bahawa nilai Roh itulah yang menyebabkan Allah swt memerintahkan keduanya sujud kepada Adam, ertinya Roh inilah yang bernilai di sisi Allah swt walhal jika nilai Adam terletak pada batang tubuh Adam (jasmani) maka lebih awallah Allah perintahkan kedua makhluk itu sujud, dan sebenarnya pada Roh itulah terletaknya nilai kemanusiaan tersebut, oleh kerana nilai manusia ada pada Roh mengapa manusiatidak mahu mengenal Roh sehingga ada yang menakutkan untuk mengenalnya? malah ada yang melarang untuk mempelajarinya, dan jika kita menganggap bahawa manusia itu adalah makhluk yang sempurna maka yang menyebabkan kesempurnaannya adalah Roh,ini juga bererti bahawa yang tersirat itu adalah Roh kerana yang tersiratlah maka manusia menjadi mulia ini jelas jika perhatikan benar-benar peristiwa lurutan ayat Al Hijr 29 di atas, manusia yang telah di lengkapkan oleh Allah Akal tentu nya tiada berasa masalah untuk memahaminya, kerana itu janganlah manusia terlalu tertekan dengan larangan oleh pemikiran dan pandangan orang yang berfikiran sem pit tentang memperkatakan tentang Roh tersebut, Allah swt juga tidak menegah man usia untuk memikirkan tentangnya secara biasa, kerana itulah Allah swt menyatakan “kamu tidak di berikan ilmu Roh itu kecuali sedikit”.

 

LAILATUL QADAR SUATU ANALISA

Kita perhatikan dahulu ayat Al-Qur’an yang berhubung dengan peristiwa ini, kerana bukan sahaja orangorang tasauf dan kerohanian yang menunggu-nunggu akan masa, hari dan waktu tersebut bahkan orang-orang awam juga menunggu sama kerana mahukeberkatannya. Firman Allah: Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada malam kemuliaan dan sudahkah engkau tahu, apakah malam kemuliaan itu? Malam kem uliaan itu lebih utama daripada seribu bulan, turun malaikat dan roh pada malamitu dengan izin Allah, mereka membawa pokok-pokok (berkat) dari tiap perintah, sejahtera dia sehingga terbit fajar. (Al-Qadr 1-5) Ayat 1, Allah menerangkan Kami(Asmak) telah menurunkannya, iaitu menurunkan suatu anugerah kepada hambaNya, ia merupakan anugerah yang tinggi dibawakan oleh malaikat dengan izin Allah pada malam kemuliaan, maksudnya ialah suatu malam yang penuh berkat. Para pentafsir bermacam-macam pandangan tentang malam kemuliaan tersebut, ada yang mengatakan pa da 17 Ramadhan, ada yang mengatakan 24 Ramadhan, ada yang mengatakan 21 Ramadhan, ada yang mengatakan 1 hingga 30 Ramadhan, akan tetapi ramai para ulama’ yang mengatakan pada 10 akhir daripada bulan Ramadhan tersebut. Mereka menyatakan berbagai-bagai alasan tentang masanya dan ada pula yang mengatakan malam tersebut tidak berlaku langsung kerana apa yang sebenarnya tentang malam itu ialah berlaku hanya kepada Baginda Rasulullah s.a.w sahaja iaitu pada masa Nuzul Al-Qur’an iaitu p ada 24 Ramadhan sehinggalah 23 tahun sesudah itu (10 tahun di Mekah dan 13 tahundi Madinah). Baginda berhubung dengan Tuhannya dialam Malakut sehinggasempurna lah Al-Qur’an itu. Selepas waktu itu tidak ada lagi malam Lailatul Qadar tersebut, dan berbagai-bagai pandangan yang dibuat dengan alasan-alasan yang tertentu dan hikmahnya.Lailatul qadri Malam kemuliaan atau malam Lailatul Qadar itu dikatakan lebih utama daripada 1,000 bulan iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, turun malaikat dan roh pada malam itu, maksudnya turun malaikat Jibril (yang juga di kenali sebagai roh iaitu Ruhul Amin, Ruhul Quds). Semua istilah itu dipegang oleh malaikat Jibril kerana hanya malaikat Jibril sahaja yang bertugas membawa khabar gembira. Baginda dapat melihat rupa Jibril 2 kali dalam keadaan sebenar dan menyamar sebagai manusia biasa sekali iaitu menyerupai sebagai seorang sahabat Nabi bernama Dahiyyah Al-Kalby semasa baginda bersama-sama para sahabatnya. Setiap kali Jibril turun, ia akan membawa pokok-pokok yang bererti petunjuk-petunjuk daripada Allah s.w.t. dan diakhir ayat disebut, sejahtera dia sehingga terbit fajar. Maksudnya baginda Rasulullah (pada zamannya) dan kepada siapa yang Allah hendak tunjukkan diantara hambaNya yang bertaqwa dan beriman terpulanglah kepada Allah sendiri yang membuat penentuanNya. Walaupun berbagai-bagai pandangan yang di berikan oleh para alim ulama’ berkait dengan Lailatul Qadar ini, akan tetapi disini diperturunkan pula pandangan daripada ulama’ Saufi tentang masalah Lailatul Qadar ini. Rasanya ini tersangat penting untuk diketahui oleh setiap golongan tertentu termasuklah orang-orang awam kerana banyak memeningkan kepala kepada mereka yang berhajat berjumpa dengan malam tersebut. Kerana itu, ikutilah pandangan seperti dibawah ini, 1. Lailatul Qadar itu sesungguhnya ada dan berterusan sepanjang zaman dan ianya berlaku pada bulan Ramadhan. Setiap manusia hendaklah memulakan amal ma’aruf dan nahi mungkar dari awal Ramadhan lagi supaya kemantapan iman diperolehi apabila bersua dengan peristiwa tersebut. Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Imam Ahmad, Tarmizi, Abu Daud yang diperolehi daripada Ubai Bin Ka’ab, Maksudnya: Demi Allah! Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Dia, sesungguhnya (Lailatul Qadar) itu berada dibulan Ramadhan. (pergiliran padamalam angka ganjil pada 10 malam akhir dibulan Ramadhan tersebut kita pulangkan kepa da Allah sama ada pada malam 23, 25, 27 dan 29) 2. Sabda Rasulullah s.a.w yang d iriwayatkan oleh Ibn Abbas, Maksudnya: Bilangan-bilangan yang disukai oleh Allah adalah yang ganjil dan yang paling disukai diantara yang ganjil itu adalah angka tujuh, maka disebutkanNyalah langit yang tujuh, bumi yang tujuh, hari yang tujuh, tingkatan-tingkatan neraka, bilangan- bilangan tawaf, anggota yang tujuh, maka menunjukkan bilangan itu bahawa Lailatul Qadar dimalam yang kedua puluh tujuh . 3. Rasulullah s.a.w apabila berjumpa dengan seorang lelaki dari Bani Israil yang sentiasa menyandang senjata pada tengkuknya yang digunakannya untuk berjihad kepada jalan Allah selama 1000 bulan iaitu 83 tahun empat bulan dan Baginda Rasu lullah tersangat mengaguminya walaupun umurnya dianggapkan sebagai sudah tua, akan tetapi masih bertenaga dan kuat, lalu Baginda mengharap umatnya mencontohi Bani Israil tersebut, akan tetapi memandangkan suasana fitrah alam yang sudah akhir zaman maka Baginda Rasulullah berdoa untuk umatnya, Maksudnya: Wahai Tuhanku! Engkau jadikanlah umatku yang paling pendek umur mereka dan yang paling sedikit amalan mereka. Dengan Baginda Rasulullah tersebut maka Allah memperkenankan doa kekasihnya lalu Allah kurniakan Lailatul Qadar khusus kepada umat Muhammad. Kerana itu apa yang disebut sebagai Lailatul Qadar bagi zaman kita ini ianya adalah benar akan wujudnya dan masih ada lagi. Adapun qaul yang mengatakan Lailatul Qadar tersebut telah diangkat oleh Allah ialah mereka mengambildar iDalil seperti..

Maksudnya: Aku keluar untuk memberikan kepada kamu dengan Lailatul Qodri, maka bermarahmarahan sipolan dan sipolan lalu diangkatlah (Lailatul Qadar). Dengan hadis tersebut diatas maka kebanyakan ulama’ mengata kan bahawa Lailatul Qadar itu telahpun diangkat, akan tetapi apa yang diangkat adalah ketentuan malam turunnya Lailatul Qadar tersebut bukannya Lailatul Qadar itu kerana kebanyakan manusia yang berselisih adalah malam qadar itu diangkat kerana ada diantara manusia ketika zaman tersebut masing-masing membuat andaian seh ingga timbul pertelagahan sesama sendiri atau ada yang iri hati lalu malam turun nya tidak dinyatakan kerana telah diangkat. Kerana itulah Sambungan ayat tersebut diatas ada menyatakan, Maksudnya: Dan semoga adalah hal tersebut menjadi kebaikan bagi kamu maka tuntutlah ia (Lailatul Qadar) pada malam-malam yang akhir. Maka jelaslah sudah bahawa Lailatul Qadar itu masih wujud, dan malam akhir itu adalah bermaksud akhir bulan Ramadhan (10 hari akhir Ramadhan). 4. Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Umar r.a, Maksudnya: Barangsiapa yang berusaha menuntutnya, maka hendaklah dituntutnya pada malam dua puluh tujuh. 5. Melalui ijtihad mengikut kaedah surah Al-Qadr ayat 1 hingga 5 mengikut kaedah hurufiah pada bilangan huruf kepada perkataan Lailatul Qadar tersebut. Huruf tersebut ialah Lam, Ya Lam, Ta Alif, Lam, Qof, Dal dan Ro. Jumlahnya adalah 9 huruf, sementara perkataan Lailatul Qadri itu hanya terdapat pada tiga ayat sahaja didalam Al-Qur’an, iaitu pada surah Al-Qadr itu sendiri iaitu pada ayat 1 hingga ayat 3. kera na itu dikalikan 9 huruf itu dengan 3 malam qadar jadi jumlahnya adalah 27 malam , maksudnya malam yang ke-27 Ramadhan. Secara kebetulan pula perkataan yang terdapat pada surah Al-Qadr itu semuanya berjumlah 30. ini menunjukkan bilangan hari didalam bulan Ramadhan dan pada ayat yang kelima dari surah ini terdapat pula kalimah “Hiya” iaitu perkataan yang ke-27 yang menunjukkan matlamat malam qadar terse but iaitu Salamun Hiya (sejahteralah ia) iaitu orang yang beramal dan mendapat kemuliaan sehingga fajar. Adalah diingatkan bahawa seseorang yang mahu merasakan malam keutamaan yang berdarjat 1000 bulan itu janganlah mengharapkan akan ketibaan malam tersebut untuk beribadat, ianya mestilah dimulai daripada sekarang hingga bila-bila kerana jangan apabila ada peluang yang baik baru mahu beribadat kepada Allah. Rezeki ilmu di Malam Lailatul Qadar Lailatul qadar yang di tunggu sudahpun berakhir walau apapun rahmat Allah tetap tidak berwaktu kepada sesiapa yang Allah hendak kurniakan, rahmat Allah tidak terkira banyaknya cuma kepada orang orang khusus rahmat Allah tetap di cari semperna dengan bulan ibadah dengan kete tapan pada malam qadar mengikut maksud ayat al quran Kepada mereka yang beramal syuhud pada sepanjang bulan ramadan dan malam bulan ibadah sebelumnya mereka sangat mengharapkan kurniaan Allah pada kefahaman ilmu mengikut konsep sifat 20 nam un pada hakikat diri yang mengingat Allah tidak berputusan itu tetap juga mengha rapkan sesuatu petunjuk daripada Allah Apabila kita menarik nafas ataupun nyawa maka tetekala kita mengingat Diri Zat maka teringatlah kita akan keagungan Tuhan yang lima perkara iaitu sifat Salbiyah dan sifat kalanNya yang enam iaitu sifat sama a, bashar dan kalam yang di kuasai oleh Samiun,Basyirun dan Mutakallimun Apabila kita turunkan nafas tetekala kita mengingat Allah maka teringatlah kita kepada ZatNya, AsmakNya, SifatNya dan AfalNya sekali gus kita juga mengingat ZatNya yang Maha Esa pada sifat Kamal, kita ingat sifat kebesaran Allah (Asmak) pada sifat qadirun, Maridun,A limun dan Hayyun, kita ingat pula sifat makhluk pada sifat qahar dengan mengingat sifat Qudrat,Iradat,Ilmu dan Hayat yang menjadi Rohani, dan kita ingat Af al Allah dengan mengingat batang tubuh kita yang menjadi penghuni kepada Rohani Adapun sifat Diri Zat itu di dalam ilmu sifat 20 di namakan sifat Istaghna dan kita ingat diri kita yang beserta Allah dalam ilmu sifat 20 yang bernama Iftiqar, sifat Istaghna mengandungi sifat Jalal dan Jamal sementara sifat Iftiqar adalah sifat yang mengandungi sifat Qahar dan Kamal, ini bererti bahawa apabila kita mengingat Zat maka kita ingat DiriNya dan apabila kita ingat Allah maka kita ingat kita beserta Allah

 

CERITA DARI MASJID NABAWI

Satu minggu sebelum Pak Karamu pulang ke tanah air Pak Karamu/Umarak Dagang telah berjumpa dengan seorang yang Pak Karamu anggap orang besar agama di dalam masjid Nabawi, dia ini datang dari Indonesia dan di iringi oleh beberapa orang pengiringnya termasuk orang arab sendiri Apabila dia berada di dalam masjid dia membaca al quran yang di unjukkan oleh seorang arab, apabila masuk waktu solat orang arab datang ambil al quran daripadanya dan meletakkan al quran itu di tempatnya balik iaitu di tiang masjid yang ada tempat khusus al quran, bersamanya ada 9 orang pengiring mereka semua berpakaian seperti orang arab Pak Karamu hanya memerhatikan saja, dalam hati Pak Karamu mungkin dia ini orang besar agama dan mungkin selalu datang ke tanah suci ini sebab ramai orang arab yang kenal dia atau dia ini pensyarah di university Madinah fikir Pak Karamu, pada hari juma at Pak Karamu pergi awal ke masjid seorang diri orang lain belum lagi ramai datang Setelah lebih kurang 1 jam di masjid tetiba orang Indonesia ini masuk ke dalam masjid duduk pula bersebelahan Pak Kramu dan pengikutnya juga sudah berada di kiri kanan Pak Karamu, dia salam Pak Karamu dan pengikutnya juga turut salam, di sebabkan waktu masih lagi lama dia sapa Pak Karamu ” Dari mana ? Sapanya Pak Karamu jawab rengkas “Malaysia ” jawab Pak Karamu, dari negara islam hadhari ? Katanya sambil tersenyum, dalam hati Pak Karamu dia ni perli nih ! Jawab Pak Karamu tidak ! Selepas solat jumaat dia salam dan pegang tangan Pak Karamu agak lama kemudian dia sebut al hamdulillah ! kemudian tercetus dari Pak Karamu secara tetiba saja entah mengapa Pak Karamu bagitahu dia ! Pak ! dalam masjid ini banyak Allah ! sambil menunjukkan kali mah Allah yang begitu banyak di setiap tiang dalam masjid haram tersebut, Allah banyak ? katanya kehairanan jawab Pak Karamu Ya ! Allah banyak ! Kemudian kami masing -masing terdiam selang tak berapa lama dalam anggaran 10 minit dia pula berkata !!Ya ! memang banyak ! Kemudian dia terangkan !t oleh kerana kalimah Allah itu ada lah asmak tentunya asmak Allah itu banyak ! katanya, kemudian Pak Karamu tanya l agi !!jika demikian mahu sembah Tuhan yang mana satu ? tanya Pak Karamu jawabnya U Masya Allah yang jelas ada ilmu tauhidul Zat,Asmak,sifat dan juga af al !t kata nya!! Pak Karamu terus tanya dia ” mahu sembah yang mana satu jika tidak tak perl u datang haji bikin capek dan habis wang saja!! jelas Pak Karamu kemudian dia anggok, kemudian Pak Karamu terangkan bagaimana mereka yang datang haji tapi bertalbiyah dengan lenangan air mata sedangkan mereka tidak mengenal Tuhannya ? Syarat Allah itu jika kamu tidak arif dengan dirinya maka dosa kamu tidak terampun kerana satu dari syarat keampunan Tuhan ialah Faman aroofani ! (barang siapa yang mengenaliKu) ertinya baru boleh sebut Labbaika la syarikalakalabbaik ! ha baru Pak Karamu nampak kelopak matanya merah lalu dia salam tangan Pak Karamu, ini adalah ingatan Pak karamu kepada seluruh umat islam jika pergi Makkah tentukan kamu tidak dalam keadaan syirik kerana tidak mengenal Tuhan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: