2 Durun Nafis

Ber-awal ini satu muqadimah pada menyatakan segala perkara yang membatalkan ia akan orang yang salik dan yang menegahkan dia, dari pada sampai kepada Allah Ta’ala.

Ketahui olehmu hai salik. bahwasanya wajib atasmu itu memelihara akan dirimu daripada segala maksiat, maksiat bathin atau dzahir, dan melepaskan dirimu dari segala yang membatalkan sulukmu, dan dari yang menegah di kau dari pada sampai kepada Allah Ta’ala.

Ber-awal, segala yng membatalkan suluk itu amat banyak. Setengah dari padanya *كسل * artinya segan daripada mengerjakan ‘ibadat serta kuasa mengerjakan dia.

Kata Abu Dzar Jamhir barangsiapa berperangai ‘kasal’, maka tiada diperolih ia akan bahagia didalam dunia dan didalam akhirat.

Dan setengah daripadanya *فتور* ertinya lemah daripada mendirikan ‘ibadat sebab bimbang dengan dunia.

Dan setengah daripadanya *ملل* ertinya jemu dan puas daripada memperbuat ia berulang2, padahal belum lagi hasil yang dikehendakinya. syahadan, adalah sebab yang demikian itu sekeliannya kerana kurang iman dan dhoif yaqin dan buta matahati, dan mengikutkan nafsu akan hawanya.

Dan yang menegahkan sampai orang yang salik itu kepada Allah Taala itupun amat banyak jua dan adapun setengah daripadanya *شرك خفى * ertinya syirik yang tersembunyi, iaitu membangsakan segala perbuatan yang terbit daripada makhluk kepada makhluk jua, tiada kepada Allah Taala, kerana haqiqatnya segala perbuatan itu sekeliannya terbit dari Allah Taala jua, dan adalah segala makhluk itu seolah2 alat perbuatan AllahTaala, maha suci Allah Taala mengadakan sesuatu dengan alat.

Dan setengah daripadanya *رياء* riya’, ertinya memperlihatkan ‘ibadatnya kepada orang yang lain atau menghendaki dengan ‘ibadatnya itu akan sesuatu yang lain daripada Allah Taala, jikalau syurga sekalipun.

Dan setengah daripadanya *سمعة *sum’ah ertinya mengkhabar2kan ‘ibadatnya yang ikhlas kerana Allah Taala itu kepada orang supaya dibesar orang dan dimuliakan orang.

Dan setengah daripadanya *عجب* ‘ujub, ertinya membesarkan dan membanyak akan ‘ibadatnya, padahal tiada dilihatnya akan dia itu nikmat daripada Allah Taala.

Dan setengah daripadanya *سقط أوله وقوف مع العبادة * ertinya yang mendindingi iaitu memandang ia akan ‘ibadatnya itu daripada dirinya, tiada dilihatnya akan dia nikmat daripada Allah Taala atasnya.

Dan setengah daripadanya *حجب* hijab ertinya dinding iaitu dinding ‘ibadatnya daripada segala cahayanya dan perhiasannya dan keelokannya, kerana tiap2 tiap2 satu amal ‘ibadat itu baginya cahaya dan perhiasan dan keelokannya, maka berhentilah orang salik kepadanya daripada melihat akanperhiasannya dan keelokannya, maka sukacitalah ia dengannya dan lupalah ia akan Allah Taala, daripada sebab yang demikian itu.

Syahadan, tiada yangmelepaskan akan dikau salik daripada segala segala perkara bahaya yang tersebut itu, melainkan syuhudmu dan pandangmu akan bahawasanyasegala perbuatan itu sekeliannya terbit daripada Allah Taala jua,seperti yang lagi akan datang kenyataannya pada fasal yang petama ini. Insyaa Allah Taala.* الفصل الأول في بيان توحيد الأفعال *

Bermula fasal pertama pada menyatakan tauhid Af’al, ertinya mengesakan Allah taala pada segala perbuatan. Ketahui olihmu hai salik, bahawasanya tiada yang melepaskan akan dikau daripada segala bahaya yang tersebut itu melainkan pandang dan syuhudmu akan bahawasanya segala perbuatan yang berlaku didalam alam ini, sekeliannya daripada Allah Taala/ Tuhan, sama ada perbuatan itu baik pada rupanya dan pada haqiqatnya, seperti iman dan taat, atau jahat pada rupanya tiada pada haqiqatnya. Seperti kafir dan ma’siat, kerana kafir dan ma’siat itu pada haqiqatnya baik jua, kerana terbit dari yang baik iaitu Allah Taala.

Dan tiap2 yang terbit daripada Allah Taala itu baik jua pada haqiqatnya, tetapi jahat kedua pada rupanya, kerana syara’ datang ia mencela akan dia.

Bermula kifiat memandang segala pebuatan itu daripada Allah taala, iaitu seperti bahawa dipandangnya dan syuhudnya dan dilihatnya dengan mata kepalanya dan denga matahatinya, bahawasanya segala perbuatan terbit ia daripada Allah taala, dan mengbangsakan kepada yang lain dari Allah taala itu majazi jua, tiada pada haqiqatnya, kerana pada haqiqatnya, sekelian perbuatan itu daripada Allah taala jua,sama ada perbuatan itu daripada dirinya atau lainnya. Sama ada dengan * مباشرة* atau *تولّد * .

Dan ertinya perbuatan dengan mubashirah itu iaitu yang berserta dengan qudrah yang baharu, seperti gerak qalam pada tangan orang yang menyuruh.

Dan ertinya perbuatan dengan tawallud itu, iaitu yang jadi daripada perbuatan yang mubasyirah, iaitu seperti jatuh batu daripada tangan melempar.

Bermula dalil yang menunjukan bahawasanya, segala perbuatan itu terbit daripada Allah taalajua, tiada daripada lainNya itu, firman Allah taala yang tersebut didalam Alquran * والله خلقكم وما تعملون * ertinya, bermula Allah taala jua menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu.

Kata syeih Muhammad ibnu Aljazuli rahimallah dalam syarah ‘Dalail AlKhairat’ ‘tiada terbit daripada sesaorang daripadasegala hambanya, perkataan dan tiada perbuatan dan tiada gerak dan tiada diam, melainkan telah terdahulu pada ilmuNya dan qadhoNya dan qadarNya, ‘intiha’.

Dan firman Yang Maha Tinggi: * وما رميت إذ رميت ولكن الله رمى * ertinya tiada engkau melempar, ya Muhammad, tatkala berusaha engkau melempar, tetapi Allah Taala jua yang melempar tatkala itu.

Dan lagi sabda Nabi s.a.w * لا حول ولاقوة إلا بالله العلى العظيم * ertinya tiada daya pada menjauhkan ma’siat, dan tiada upaya pada mengerjakan ta’at, melainkan dengan daya dan upaya Allah taala, Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha besar jua.

Dan lagi sabda Nabi s.a.w * لا تتحرك ذرة إلا بإذن الله * ertinya, tiada bergerak didalam alam ini suatu zarah jua pun melainkan dengan dengan izin Allah taala.

Syahadan, maka manakala sentiasa engkau memandang kepada yang demikian itu, dan tahqiqlah engkau dengan Dia, nescaya lepaslah engkau daripada segala bahaya yang tersebut itu, dan engkau lihat dengan mata kepalamu dan dengan matahatimu akan segala ujud majazi ini hapus ia dibawah nur ujud Allah yang sebenarnya.

Syahadan, manakala engkau kekalkan akan syuhudmu dan pandangmu akan bahawasanya keadaan segala perkara perbuatan itu terbit daripada Allah taala, dengan membiasakan dia sedikit, kemudian sedikit hingga tahqiqlah dengan yang demikian itu.

Maka apabila tahqiqlah engkau dengan dia dan jadilah kepadamu itu musyahadah, ertinya berpandangan dan tiada bercampurlah dengan pandanganmu zohirmu dan bathinmu, maka baharulah sampai engkau kepada maqam wahdatul Af’al, ertinya Esa Allah taala pada segala perbuatan, iaitu ‘ibarat ia daripada fana’ segala perbuatan makhluk ini, sama ada perbuatan dirinya atau perbuatan lainnya,

Sekeliannya itu fana’ dibawah perbuatan Allah taala, sekira2 tiada dilihat didalam akuan itu sesuatu, perbuatan Allah taala jua, sama ada perbuatan itu baik atau jahat.

Dan dalil yang menunjukkan dan mentahqiqkan bahawasanya kejahatan itu daripada Allah taala, iaitu yang tersebut dalam hadis, yang warid dari doa Nabi s.a.w * اللهمّ إني أعوذ بك منك * ertinya, hai tuhanku berlindung aku kepadaMu daripada kejahatan daripadaMu.

Maka jika tiada kejahatan daripada Allah taala, nescaya tidak minta berlindung Nabi s.a.w kepada Allah taala daripada kejahatan.

Maka nyatalah daripada itu bahawasanya, segala perbuatan yang baik dan jahat itu daripada Allah taala jua datangnya, seperti yang telah terdahulu sebutnya itu.

Dan lagi firman Allah taala * قل كلّ من عند الله * tafsirnya, katakan olihmu ya Muhammad, segala kebajikan dan kejahatan itu daripada Allah.

Syahadan, dibuat mithal olih setengah daripada arifin billah kerana menghapirkan faham jua, tiada pada haqiqatnya. Maka adalah segala makhluk hamba itu seperti umpama wayang yang diperlakukan akan dia olih dalang, barang bagi jelas kelakuan.

Maka seperti tiada bagi wayang itu punya perbuatan sendirinya. Demikian itulah hamba dengan Tuhannya.Tetap, sesungguhpun seperti demikian itu, ya’ni segala perbuatan itu perbuatan Allah taala jua.

Maka jangan engkau melampaui akan syariat Muhammadiyah, iaitu wajib atasmu mengerjakan segala yang disuruhkan Allah taala dan rasulNya dan wajib atasmu menjauhkan segala yang dilarangNya, jangan sekali2 ‘itiqadkan gugur taqlif syara’.

Maka jikalau engkau ‘itiqadkan gugur taqlif syara’ nescaya jadilah engkau kafir zindiq ‘nauzubillah min zalik’.

Dan berpeganglah engkau pada syariat Muhammadiyah serta engkau ‘itiqadkan dan engkau pandang dengan matahatimu akan segala perbuatan itu daripada yang baik dan jahat sekeliannya perbuatan Allah taala.

Dan lepaslah engkau pada ketika itu daripada syirik khofi dan lain2nya, daripada segala perkara bahaya yang tersebut itu.

Kerana manakala engkau pandang kepada dirimu ada baginya sesuatu perbuatan, nescaya tiada sunyi engkau itu daripada syirik khofi, dan jikalau lepaslah engkau daripada syirik jalli sekalipun.

Dan erti syirik jalli itu, menduakan Allah taala adaNya, tetapi tiada lepas dan keluar dari syirik. Seperti firman Allah taala * وما يؤمن اكشرهم إلا وهم مشركون * ertinya, dan tiada percaya kebanyakan daripada merekaitu akan Allah taala, melainkan padahal merekaitu menyengutukan akan Dia, dengan sebab memandang ujud yang lain daripadaNya dan dengan sebab mengatakan perbuatan itu kepadanya.

Sebab itulah kata Sidi Umar Alfarish r.a* ولو خطرت لي في سوال إرادة – على خاطري سهوا قضيت بردتي * ertinya jikalau terlintas didalam hatiku suatu kehendak akan yang lain daripadaMu atas khatirku, jikalau dengan lupa sekalipun, nescaya aku hukumkan diriku itu dangan murtad.

Dan tetapi, engkau dikatakan didalam kitabNya musyrik, dikeluarkanNya daripada orang yang mu’min yang sebenarnya, sebab yang demikian itu.

Dan tiada dibilangkanNya engkau daripada orang yang menjalani akan jalan mu’min yang sebenar, melainkan bahawa engkau pandang , tiada Yang berbuat, tiada Yang Hidup dan tiada Yang maujud didalam ujud ini, hanya Allah taala sendirianNya jua.

Maka ketika itu baharu engkau dinamai mu’min yang sebenarnya, dan lepaslah engkau daripada syirik khofy, dan keluarlah engkau pada ketika itu daripada dinamai Allah taala didalam AlQuran dengan Musyrik.

Dan jadilah engkau pada ketika itu daripada ahli Tauhid yang sebenarnya, daripada orang yang mempunyai syurga yang bersegera didalam dunia ini. Maka lazimlah olihmu atasnya kerana bahawasanya, ia sifat yang amat mulia, yang menetapkan akan dikau kepada yang lagi akan datang didalam akhirat.

Maka engkau perolihi akan nikmat dua syurga, seperti firman Allah taala * ولمن خاف مقام ربّه جنّتان * ertinya, bermula dua syurga itu bagi barangsiapa yang takut ia akan maqam TuhanNya.

Syurga yang pertama itulah syurga ma’rifah akan Allah taala diadalam dunia ini.

Dan syurga yang kedua itulah syurga yang maklum, yang disebutkan Allah taala akan dia didalam AlQuran yang mulia, iaitu didalam akhirat, yang lagi akan datang.

Kata Syehuna Alalimul Alamahtu Biharul ‘Arik’ Maulana as syeh Abdullah ibn Hijazi Lis syarkawi Al Masry rahimallah:

Barangsiapa masuk kepada syurga ma’rifah didalam dunia ini, nescaya tiada rindu ia kepada syurga akhirat dengan nisbah daripada bidadarinya dan mahligainya, bukan dengan nisbah daripada barangyang hasil disana, ya’ni didalam akhirat, daripada ru’yah Allah taala dan damping kepada hadrat Allah taala dan ma’rifah akan Allah taala.

Maka menjauh segala perbezaan antara dua hal itu. Ya’ni hal didalam dunia ini dan hal didalam akhirat, kerana bahawasanya barang yang dibukakan atas segala hati orang yang arif didalam dunia ini.

Hanyasanya, iaitu baharu setengah daripada barang yang disediakan olih Allah taala kepada mereka didalam akhirat, kerana muliakan merekaitu didalam dunia ini. wallahu ‘alam.

bersambung….

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: