1 Usul Diri

Ilmu Hakekat Usul Diri

Jilid (2)

 

 NUR MUHAMMAD ANALISA AKHIR

 

Kepercayaan dan keyakinan penuh membuatkan diri seseorang hamba Allah itu percaya kepada istilah Nur Muhammad, disebabkan ia adalah sesuatu yang ghaib maka terlalu sukarlah manusia itu hendak mempercayainya walaupun asas keimanan itu adalah bergantung kepada yang ghaib namun mahu atau tidak mahu manusia terpaksa akur dengan keimanan kerana Allah s.w.t sentiasa menyeru kepada manusia yang berasaskan kepada seruan orang-orang yang beriman bukan kepada orang-orang islam Orang islam tidak semestinya mereka itu beriman kerana jika setiap orang islam itu benar-benar beriman maka sudah tentulah mereka itu melaksanakan arahan daripada Allah supaya melaksanakan hukumNya kerana itulah Allah menyatakan kebanyakan mereka tidak beriman sebagaimana firmanNya Yang bermaksud: Sebahagian daripada mereka tidak mahu beriman malah melakukan syirik (Yusuf ayat 106) Di dalam kehidupan manusia kadangkala manusia bertanya-tanya apakah penilaian Allah terhadap seorang manusia ? Jawapannya sangat mudah. Allah tidak memandang kepada manusia (Jasmani) tetapi Allah memandang kepada hati yang di dalamnya ada mengandungi Nur ertinya hati yang mengandungi Nur Muhammmad (cahaya yang terpuji) tersebut Manusia hendaklah mengenali hatinya iaitu tempat telek Allah, hati bukan merupakan seketul daging, tetapi hati itu adalah Rohani (Ruhul Yaqazah) yang terdiri dari Roh,Akal dan Nafsu, memang sukar untuk mengenali Ammar Rabbi itu kecuali mempelajarinya, dan ramai telah tersalah sangka dengan istilah tersebut sehingga timbul berbagai-bagai fahaman yang membawa kepada kesesatan atau menolaknya terus Akibatnya maka jadilah ilmu ini sebagai momokan dan ditakuti oleh umat islam sendiri yang berkesudahan dengan menutup rapat istilah kerohanian dan Nur Muhammad tersebut di dalam kehidupan manusia. Di dalam Al Quran Allah berfirman yang bermaksud: Jadilah kamu orang Rabbani Ahlullah dengan mengajar kitab dan mempelajari kitab Al Quran (surah Al Imran 79) Ayat yang di atas adalah suatu perintah daripada Allah jadilah kamu orang Rabbani (orang alim dalam ilmu ketuhanan) iaitu suatu kepercayaan kepada yang ghaib, ilmu yang ghaib adalah daripada Allah kerana Tuhan itu adalah yang maha ghaib . Dalam ilmu ini yang menyentuh soal ghaib iaitu tentang asmak, sifat dan dalam soal asal usul soal af’al Allah, walaupun ilmu ini tidak lagi di ajar orang, akan tetapi itulah yang di perintahkan oleh Allah kepada manusia. Rabbani itu ialah Dia yang awal, Dia yang akhir, Dia yang zahir, Dia yang batinJika mahu mengenal Dia, maka Dia itu Zat, maka Zat itu pula adalah Zat yang tidak berupa apa juapun (Laisa kamislihi)erinya hendak mengenal yang ghaib, maka di sana terdapat lampu merah tanda bahaya iaitu jangan ada di antara manusia yang berkira-kira mahu mengenal ZatNya maka ia adalah sangat terlarang, akan tetapi yang di perintahkan adalah tentang mengenal makhluk ciptaanNya sekalipun makhluk itu berbentuk ghaib seperti jauhal fardhi,jisim,jirim dan jauhar basit atau istilah molikul,  atom,elektron,newtron proton, ion dan sebagainya Maka di sinilah para ilmuan mengambil suatu pendekatan untuk mengenal Allah melalui mengenal asmakNya iaitu Nur untuk suatu pendekatan mengenalNya dan dengan mengenal Asmak Allahlah lahir ilmu yang di sebut sebagai sifat 20 dengan tujuan untuk mengenal Tuhan dan mengenal diri semua bentuk ilmu ini adalah berasaskan kepada yang ghaib Cuba manusia fikirkan daripada apa nyawa mereka dijadikan oleh Allah ? Rohnya, akalnya dan nafsunya semua ini adalah makhluk Tuhan sekalipun nyawa itu bertaraf zat yang tidak menjadikan sesuatu berbanding Zat Tuhan yang menjadikan sesuatu

 

FUNGSI RAHASIA LEMBAGA AKAL

 

Pada pelajaran yang lepas kita telah terangkan serba rengkas tentang Nur Muhammad dan sebelumnya kita telah sentuh tentang akal dan lembaga akal, yang mana lembaga akal tersebut memainkan peranan yang sangat luas dan fungsinya yang sangat mengkagumkan kesan daripadanya Pada pelajaran ini kita sentuh pula tentang gelombang yang terdapat pada lembaga akal tersebut mengikut pandangan agama yang rasanya tidak jauh berbeza dari pandangan sain atau yang mana lebih dapat difahami oleh orang yang mengkajinya atau orang yang mempraktikkannya dengan penuh bersemangat Lembagaakal yang mempunyai tugas masing-masing mengikut fitrah semula jadi daripada Alla h s.w.t mempunyai kaitannya dengan otak manusia yang mengandungi berbilion-bilion sel yang di kenali segagai jauhal fardhi (neutron) iaitu kombinasi dari sel-se l yang dapat mencetuskan aliran elektrik di dalam otak manusia yang dapat di kesan dengan rasa atau dengan alat yang di kenali sebagai electroencephalograph (EEG) Kesan daripada gerak atau aktiviti sel-sel inilah yang menghasilkan gelombang minda atau brainwave, aktiviti ini tidak saja diam pada satu tempat malah ia akan sentiasa berubah-ubah mengikut tekanan lembaga akal atas bantuan nafsu dan juga roh yang mana ia akan tertakluk kepada dimana seseorang itu berada pada masa tersebut mengikut suasana alam kelilingnya Pada dasarnya gelombang ini dapat kita bagikan kepada 4 peringkat Peringkat gerak (Beta)Peringkat ini dimana manusia aktif bergerak ketika sedar atau jaga seperti melakukan kerja yang rutin seharian, kebiasaannya gerak minda akan cepat berubah-ubah sebab setiap gerak atau perbincangan atau berfikir seseorang itu adalah tidak tetap pada sesuatu tekanan nilai tujuan pada tujuan atau hal dituju, gelombang ini juga di kenali sebagai beta Gelombang gerak ini (beta) ada pula pada masa-masa tertentu ia menjadi lemah dan ada pula pada kalanya ia menjadi tinggi, kebiasaannya apabila gerak terlalu tinggi ia akan menjadikan diri seseorang itu sukar untuk mengawal perasaan atau orang ini sukar untuk tidur malam namun kesan daripadanya ia mempunyai kebaikan pada menghilangkan masalah yang lain Peringkat diam (Alpha) Pada peringkat ini besar kemungkinan manusia itu sedang berehat atau bersedia untuk tidur yang mana kekacauan alam di sekelilingnya kurang mengganggu fikirangnnya, peringkat ini juga di kenali sebagai alfa, demikianlah pada kebiasaannya namun tahap diam ini tidak semestinya kekal sekiranya seseorang itu banyak menghadapi masalah kehidupan ataupun masalah-masalah yang dihadapinya, yang paling nyata maka kanak-kanaklah yang sesuai di jadikan contoh gelombang alfha ini kerana mereka tidak banyak tekanan kehidupan atau orang yang zuhud Peringkat tenang (Theta) Pada peringkat tenang ini manusia berada pada tahap hendak terlayang untuk tidur yang mana gelombang pemikiannya sudah lemah ataupun hampir lemah, gelombang minda ini juga di kenali sebagai theta Peringkat fana (Delta) Pada peringkat ini juga di katakan peringkat tidur mati atau sebahagian daripada mati yang mana roh,akal dan nafsu sudah mula tidak lagi memainkan peranannya dan sel-sel otak berjalan dengan tenang, ini bererti Ruhul Yaqazah sudah tidak lagi memaksa jasad untuk aktif maka berehatlah jasad tersebut dan berehat pulalah otak dan sarafnya, (berehat hanya sekadar fungsi nyawa tanpa cergas) maka disinilah terletaknya rahsia kerja Tuhan yang tidak mampu dikaji oleh ahli sain, peringkat ini juga di kenali sebagai delta Pada pandangan agama islam (kerohanian) rasanya agak lengkap sedikit dari pandangan sain kerana pada pandangan agama ia ada lima lembaga akal yang menghasilkan gelombang dalam diri manusia yang di kaitkan pula dengan kerohanian yang berpusat pada akal umpamanya lembaga akal yang lima itu di kaitkan dengan fungsi nyawa,akal,roh dan nafsu yang berkaitan di antara satu dengan yang lainnya dan setiap satu akan mengeluarkan gelombang yang mengandungi jauhal fardhi yang mengandungi fungsi yang berlainan yang sangat terkawal mengikut fitrahnya. Kajian sain tentang mind ini di kira hanya tertumpu kepada peranan saraf dan otak sahaja tanpa di kaitkan dengan kerohanian umpamanya mereka memberikan fokus kepada gelombang Beta (12 Hz-38 Hz) Alpha (8 Hz-1 2 Hz) Theta (3 Hz-8 Hz) dan Delta (0.2 Hz-3 Hz) yang besar kemungkinan atas kaji an mereka tentang tenaga atom, thermal, electromative, kinetic dan potential atas kehadiran molikulmolikul yang mampu membentuk kutub positif (+) dan kutub (-) nagative (-) dan positive (+) poles , jika inilah atas kajian mereka maka rasanya ia difokuskan hanya kepada fungsi hawa kepada nafsu saja Golongan umat islam yang bijak pandai sepatutnya mengkaji lebih dalam lagi dalam soal akal ini kerana mereka berhadapan dengan amal ibadat yang di kaitkan dengan istilah khusyu!! kepada Tuhannya. Ilmu ini di ambil asal asalnya daripada sifat 20 pada bab sifat ilmu pada sifat maani dan di kaitkan pula pada sifat maanawiyah iaitu sifat alimun, sebab itu satu kajian sifat 20 ini wajib di ketengahkan oleh orang muslim

 

ADAM, ALLAH DAN MUHAMMAD TIDAK BECERAI

Adam adalah seorang manusia yang di cipta oleh Allah s.w.t, yang dimaksudkan manusia itu ialah apabila Rohani itu sudah memiliki jasad (manus adalah jasmani sementara ia ialah Rohani) jika ada jasmani tanpa Rohani maka ia bukan manusia, demikian juga jika Rohani tanpa jasmani maka ia bukan manusia, maka yang dimaksudkan manusia itu adalah zuriat daripada Adam sebagaimana firman Allah menyatakan:

Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah muliakan Bani Adam, dan Kami angkat mereka di darat dan juga di laut dan Kami beri rezeki yang baik, dan sesungguhnya Kami lebihkan mereka dari kebanyakan (makhluk) yang telah Kami jadikan sebenar-benar kelebihan ( Al Israk 70) Di atas pemberian Allah kepada bani Adam gelaran sebagai makhluk yang di muliakan maka manusia menjadi makhluk yang terpuji dan mulia, dan makhluk terpuji itu adalah bernama Muhammad, kerana Muhammad itu bermaksud terpuji, dan yang terpuji itu adalah yang sebaik-baik kejadian seperti mana firman Allah menyatakan:

Maksudnya: Sesungguhnya Kami jadikan Insan itu sebaik-baik kejadian ( At Tin 4 ) Ayat yang di atas menerangkan bahwa insan itu adalah sebaik-baik kejadian, sem entara Allah pula beserta dengan Insan tersebut sebagaimana firman Allah menyata kan:

Maksudnya: Dan Allah beserta kamu dimana juga kamu berada ( Al Hadid 4 ) Ayat yangdiatas menunjukkan bahwa Allah tetap bersama manusia di mana juga manusia itu berada, ertinya manusia dan Allah tidak bercerai, ertinya Adam dan Allah tidak mungkin bercerai, jika demikian mengapa Azazil dapat menyesatkan Adam dan isterinya Siti Hawa ? Di sinilah timbul persoalan dan keraguan yang akhirnya melahirkan ilmu yang lebih khusus tentang istilah di antara Muhammad dan Allah itu, logiknya setan tidak boleh menggelincirkan Adam jika Allah beserta manusia(Adam)Di sebabkan manusia itu ada kelebihan maka kelebihan tersebut pula di katakan melahirkan suatu ilmu yang lebih khusus kerana masalah Adam dapat di sesatkan oleh syaitan walaupun Adam beserta Allah, jadi apakah ilmu yang lebih khusus itu suatu yang dapat dicapai oleh manusia, kerana itu untuk menyelesaikannya mari kita tinjau dalam bentuk soal jawab Soalan: Dimanakah letaknya kelebihan manusia jika di bandingkan dengan makhluk Allah yang lain ? Jawapan: Kelebihan di antara manusia dan makhluk terletak pada lembaga akal manusia kerana lembaga akal maka manusia itu di kenali sebagai manusia, jika manusia tiada lembaga akal maka manusia itu setaraf dengan haiwan dan syaitan Soalan: Bukankah manusia itu sebaik-baik kejadian dan mengapa ada di antara manusia itu berperangai syaitan dan haiwan ? Jawapan: Manusia berperangai syaitan dan haiwan kerana adanya hawa kepada nafsu tersebut dan ia adalah suatu fitrah daripada Allah s.w.t Soalan: Jika demikian manusia yang dikatakan sempurna itu adalah sesuatu yang tidak mutlak ? Jawapan : Untuk mendapatkan jawapannya maka kita kena faham siapa yang di maksudkan Insan yang mulia tersebut, adapun yang di maksudkan Insan yang sempurna kejadian tersebut ialah diri sebenar diri manusia yang di kenali sebagai Insan atau nyawa atau nafas atau Nur Muhammad naka dialah yang sempurna kerana itulah diri manusia terbahagi kepada empat istilah iaitu diri terdiri (jasmani) Diri terperi iaitu Ruhul Yaqaza h yang terdiri dari roh, Akal dan nafsu, sementara nafas atau nyawa kita di namakan diri sebenar diri, maka diri inilah yang di katakan Insan yang sempurna itu sementara diri tajalli ialah sifat Kamal yang tidak bercerai dengan Insan terseb ut Soalan: Siapakah yang sebenar diri Tajalli tersebut ? Jawapan: Diri Tajalli tersebut adalah Tuhan Yang Maha Esa yang menggerakkan manusia zahir dan batin yang bersifat Qadirun, Maridun, Alimun dan Hayyun Soalan: Mengapakah Allah tidak selamatkan Adam dari gangguan syaitan ? Jawapan: Allah wajib bersikap adil terhadap permintaan syaitan yang hendak menyesatkan Adam kerana syaitanpun makhluk Allah juga walaupun dia di rejam oleh Allah, atas permohonan syaitan tersebut Allah izinkan syaitan menggelincirkan Adam (manusia) akan tetapi Allah kurniakan Al Quran kepada manusia sebagai senjata melawan syaitan itu dan terpulanglah kepada manusia.

Katakan (wahai Muhammad) siapa yang memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al Quran di dalam hatimu dengan izin Allah (Al Baqarah 97)

Tinggalkan komentar