3 Durun Nafis

(Maka hubaya2), takut olihmu daripada bahawasanya lupa engkau daripada memandang wahdatul af’al itu, yang ia menyampaikan akan dikau kepada memandang kepada memandang keelokan Yang wajib Ujud.

Dan takut olihmu bahawa bangsakan dirimu pada mengadakan sesuatu perbuatan barang perbuatan ada ia.

Tanbih ya ihwani. Ertinya ini suatu perkataan yang menjagakan hai sekelian saudaraku.bermula hasil kata syeh Abdul wahab as Syarani Qadasallah sirruhu didalam kitab Al Juahirud Durrur, Ia manqul (dididatangkan) dari perkataan syeh Muhaiyiddin ibn Arabi r.a:

Bermula segala akuan itu sekelian dinding yang mendindingi daripada memandang haq Allah taala pada hal haq taala jua, Yang berbuat Ia, dibalik hijab akuan ini, tiada ia mendindingi akan kita daripada memandang Allah taala.

Dan adalah mithalnya seperti bayang2 kayu yang dalam air itu, tiada ia menegahkan lalu perahu, hanyasanya yang mendinding itu sangka kita kepadanya jua dan pandang kita kepadanya jua.

Maka barangsiapa terbuka daripadaNya hijab itu, nescaya dilihatnya yang memperbuatkan segala perbuatan itu Allah taala sendirinya.

Dan barangsiapa tiada terbuka hijab itu, terdindinglah dengan akuan ini daripada memandang kepada fai’il yang haqiqi, ya’ni yang berbuat sebenarnya, iaitu Allah taala.

Maka tiap2 adalah mazhab kaum pada segala perbuatan hamba itu empat mazhab:

Pertama kaum yang tiada mengetahui merekaitu akan bahawasanya Allah taala itu yang berbuat Ia akan segala perbuatan ini dan hanya di’itqadkannya olih mereka itu bahawasanya yang merupakan segala perbuatan hamba yang baharu itu hamba jua.

Dan adalah qudrah hamba itu baharu itu memberi bekas ia pada segala perbuatan hamba yang baharu. Maka iaitu mazhab mu’tazillah yang bi’daah lagi fasik.

Kedua mazhab Jabariah; iaitu kaum yang mengetahui merekaitu dan memandang merekaitu akan bahawasanya segala perbuatan itu sekeliannya dari Allah taala sendiriNya.

Dan keraslah atas merekaitu memandang segala perbuatan itu daripada Allah taala sendiriNya.

Dan tiada sampai merekaitu kepada menyandar akan segala perbuatan itu bagi hamba, kerana kurang merekaitu daripada darjat kamal, maka tersalahlah merekaitu daripada jalan syariat dengan sebab tiada menyandarkan segala perbuatan hamba itu kepada merekaitu. Maka iaitu ‘itiqad zindiq.

Ketiga kaum yang mengetahui merekaitu akan bahawasanya, segala perbuatan itu sekeliannya daripada Allah taala, tetapi ada bagi hamba itu usaha dan ikhtiar.

Dan dengan keduanya itulah hamba memperbuat segala perbuatannya dan keduanyalah tempat ta’lik hukum syara’, tetapi kedua2nya itu tiada sekali2 memberi bekas pada perbuatan yang baharu, hanya memberi bekas itu Allah taala sendiriNya jua.

Maka iaitu As’ariyah ialah ‘itiqad yang maqbud (dipegang), yang selamat daripada bahaya dunia dan akhirat, tetapi tiada sampai merekaitu kepada martabat kasyaf kerana terdinding merekaitu dengan sebab mengata usaha dan ikhtiar itu dari hamba jua, tiada dipandang akan segala perbuatan itu daripada Allah taala sendiriNya.

Maka tiap daripada segala thoif (gulongan) yang tiga itu adalah atas penglihatannya itu Ghisyawah (kabur/ keliru) , ya’ni dinding yang menutupi daripada sampai penglihatan merekaitu kepada memandang wahdatul Af’al selama2nya.

Mereka itu didalam dinding tertutup, tiada sampai kepada maqam kasyaf dan musyahadah dan mukafahah.

Keempat mazhab Ahli Kasyaf, ya’ni orang yang terbuka kepada merekaitu dinding, iaitu kaum yang memandang akan kejadian segala perbuatan itu daripada Allah taala dan keinderaannya itu daripada hamba. Mithalnya seperti qalam orang yang menyurat adalah menjadikan huruf itu orang yang menyurat jua.

Dan qalam itu menjadi alat persandaran menyurat jua. Adalah hamba itu seperti qalam tiada baginya perbuatan, dan hanya yang berbuat, orang yang menyuruh jua. Wallahu ‘alam.

Ya’ni segala yang berlaku didalam segala alam ini, Allah taala jua yang menjadikan dia. Intiha'(Dan lagi kata) syech abdul wahab as sya’rani telah menyebutkan syech Muhaiyuddin ibnu Arabi r.a pada bab yang keempat ratus dua puluh daripada Futuhatul Makiyah akan barangyang menamakan ia akan bahawasanya segala amal itu daripada allah Ta’ala jua hanyasanya menyandarkan allah Ta’ala akan segala amal dan perbuatan itu kepada kita kerana keadaan kita tempat menanggong siksa dan pahala padahal perbuatan itu bagi allah Ta’ala jua pada haqiqatnya tetapi tatkala menda’wi kita pada ketika berhenti didalam hijab akan bahawasanya segala amal kita dan perbuatan kita itu bagi kita jua maka menyandarkan Allah Taala itu akan dia kepada kita dengan sekira2 da’wi kita berbuat kerana cuba daripada allah ta’ala kepada kita maka apabila masuk kita kepada hadrat ihsan dan maka nipislah dinding hijab nescaya kita lihatlah akan segala amal itu terbit dari allah ta’ala pada kita tiada kita mengamalkan segala amal dan segala perbuatan itu.

 Kemudian apabila sampailah kita kepada musyahadah itu nescaya takut kita akan tergelincir kidam (kaki) kita pada barangyang telah menamakan allah ta’ala akan perbuatannya itu kepada kita kerana setengah daripada adab itu bahawa menyandarkan ia akan barangyang telah menamakan allah ta’ala akan sesuatu kepada kita serta pengetahuan kita dengan barangyang telah kita ketahui itu kerana mengamal akan firman allah ta’ala (ما أصابك من حسنه فمن الله وما أصابك من شيئة فمن نفسك ) ertinya barangyang mengenai akandikau daripada kebajikan itu makaiatu daripada allah ta’ala dan barangyang mengenai akandikau daripada kejahatan itu iaitu dari usaha dirimu.

Shahadan kata syechuna alaalamah maulana assyech yusuf abu zharah almasry pada ketika tadarrisnya (mengajarnya) didalam masjidil Haram tiada harus mengatakan kejahatan itu daripada allah ta’ala melainkan pada maqam ta’alim jua intiha’.

(Dan kata) syech ibnu hajar didalam syarah arbain pada sabda nabi saw. didalam setengah daripada segala doa iftitah (والشر ليس اليك) ertinya bermula kejahatan itu bukan ia daripadamu kerana mengajari bagi adab bahawasanya tiada harus disandarkan kepada allah ta’ala segala yang menghina akandia seperti tiada harus dikata allah ta’ala itu ia menjadikan anjing dan babi dan jika adaia menjadikan tiap2 sesuatu sekalipun kerana adab (maka tiap2) adalah menyandarkan perbuatan kepada kita itu kerana menghikayatkan akan firman allah ta’ala jua intiha’

(dan lagi kata) syech abdul wahab assya’rani qadasallahu sirrahu kepada syechnya sidi ali alkhawas r.a (soal) apa haqiqat usaha mengatakan iman as’ary itu (maka jawabnya) r.a (bermula) haqiqat usaha itu iaitu ta’lik irodat mumkin dengan memperbuat barang perbuatan ada ia maka diperolihi taqdir ilahi pada ketika ta’lik irodat itu maka dinamai merekaitu akan yang demikian usaha bagi mumkin pada ma’ani bahawasanya mengusahakan munafaat dengan dia itu kemudian daripada sudah berkehendak kepadanya ya’ni berkehendak kepada taqdir ilahi itu

(dan lagi) kata syech abdul wahab as sya’rani qadasallahu sirrahu telah aku dengar akan dia ya’ni sidi ali al khawas r.a segala yang lainnya berkata ia wajib atas hamba itu bahawa mengetahui akan bahawasanya tiada memberi bekas segala2 bagi makhluk pada memperbuat sesuatu daripada sekira2 taqwin hanyasanya baginya hukum jua faqad (=sahaja, cuma) maka fahamkan olihmu kerana bahawasanya kebanyakan manusia tiada dapat membezakan ia antara hukum dan atsar ayat (berkata) syech ia pula ya’ni sidi ali al khawas ra

(bermula) kenyataan yang demikian itu bahawasanya haq allah ta’ala itu apabila menghendaki ia mengadakan akan harkat atau ma’ani daripada segala perkerjaan yang tiada sah ujudnya melainkan pada segala madahnya kerana mustahil bahawa berdiri ia dengan sendirinya maka tiada dapat tiada daripada unjudnya mahal (@ tempat @ wadah) yang menzahirkan ia akan taqwin (=keberadaan) perkerjaan ini ya’ni perkerjaan yang tiada berdiri ia dengan sendirinya maka mahal @ (tempat hinggap) iaitu hamba yang dihukumkan ia dengan mengadakan maka mumkin ini padahal tiada sekali2 baginya itu atsar dalamnya intiha’ فأفهم فإنه دقيق وتحقيق

 **nota**: adalah kitab darun nafis ini ditulis dalam bahasa melayu lama.. dan ayat2 tidak mempunyai permulaan dan perhentian@ noktah… tutur bahasanya pula dicampur aduk dengan bahasa arab pasar.. (arab loghat nusantara). Saya terpaksa menyalin kitab ini secara asal, untuk memelihara keasliannya

(dan lagi kata) syech abdul wahab assyarani qadassalahu sirrahu telah aku dengar saudaraku afdaluddin rahimallah ta’ala berkata ia tiada sekali2 bagi mumkin itu qudrah hanyasanya baginya menerima aasar ilahi kepadanya jua kerana bahawasanya sifat itu ya’ni qudrah itu sifat daripada ketentuan tunggal ketuhanan iaitu keadaan yang berkuasa maka mengisbatkan qudrat bagi mumkin itu da’wi dengan tiada dalil

(dan lagi berkata ia) ya’ni syech afdaluddin rahimallah ta’ala bermula kata kami ini muafakat serta asa’riyah yang mengisbatkan merekaitu bagi qudrat hamba serta menafikan perbuatan daripadanya intiha’

(dan lagi kata) syech abdul wahab assya’rani qadassalahu sirrahu dan telah menyebutkan olih syech muhayiddin radiallau anhu pada bab seratus dua puloh daripada futuhuhul makiyah bahawasanya mengisbatkan qudrah bagi mumkin menafikan fa’il daripadanya itu setengah daripada segala masaalah yang amat sukar kerana membawa kepada keadaan fa’lun

(dan lagi berkata ia) ya’ni syech muhayiddin r.a dan tiada membukakan allah ta’ala atasku dengan menghilangkan labisa ya’ni samar pada masaalah ini ya’ni hal keadaan fa’lun padahal bukan fail melainkan pada malam ketika aku menyurat akan tempat ini pada tahun hijrah enamratus tiga puloh tiga dan sanya sukar atas aku mentafsilkan antara yang usaha yang mengata akan dia kaum ahli sunah dan khalqhi (خلق) yang mengata akan dia kaum mu’tazillah maka mengurniakan taufik allah ta’ala akan daku dengan membukakan penglihatanku atas mula2 kejadian makhluk yang tiada mendahului akan dia makhluk kerana tiada ada ketika itu melainkan allah ta’ala jua

Aasar (اثار) @ kesan @ bekasFa’il (فاعل) @ perlaku @ pembuat @ perlakun Fa’lun (فعل @ buatan @ lakunan @ kelakuanMumkin (ممكن) @ yang diadakan @ yang dicipta @ yang dilembagakanTafsil (تفصيل) @ penjelasan @ penerangan @ kupasanQudrat ((قدره) @ kuasa @ daya @ energy @ force

(maka firman allah ta’ala) bagiku didalam sirrku tilik olihmu akan dia disana mula2 kejadian makhluk adakah perkerjaan itu mewaris labisa dan hairan (maka) sembahku tiada ya rabb

(maka) firmannya bagiku seperti demikianlah sekelian barangyang engkau lihat akandia daripada segala yang baharu tiada bagiku seorang didalamnya yang memberi bekas dan tiada suatu daripada makhluk maka akulah tuhan yang menjadikan segala asyia’ pada sisi asyia’ tiada dengan asbab maka adalah dengan perkerjaan ku jadikan nafhun pada isa dan kejadian taqwin pada thoir

(maka) sembahku baginya ya rabb maka apabila adalah seperti demikian itu maka tiap2 adalah dirimu yang engkau khitob dengan katamu perbuat olihmu dan jangan engkau perbuat

(maka firmannya) bagiku apabila aku perlihatkan akandikau dengan sesuatu daripada ilmuku maka lazimlah olihmu adab kerana bahawasanya hadrat ini tiada menerima ia akan saat menidak2ki akan perbuatan tuhan seperti firmannya لا يسئل عما يفعل وهم يسئلون ertinya jangan ditanya akan barangyang aku perbuat dan sekelian kamu itu akan ditanya intiha’

(kata) syech abdul wahab assya’rani فتأمل فاله نفيس(syahadan) jikalau itu jua musyahadahkan insyaallah ta’ala sampai jua ia kepada allah ta’ala kerana maqam tauhidul af’al ini maqam yang dibawah segala2aripada sega maqam arifin maqam tauhidul af’al ini satu martabat daripada beberapa martabat orang yang sampai kepada allah ta’ala kerana jalan sampai kepada allah ta’ala itu empat martabat seperti lagi yang akan datang insyaalah ta’ala pada akhir khotimah asyia’ (أشياء) Setiap sesuatu @ ada @ keberadaan…

(‘keseolahan ada’ namun ‘tiada’ kerana setiap keujudan cuma besifat sementara @ khayalan @ maya materi (dualisma)labisa (لبس) kekaburan @ keracauan @ hijab @ kesamaran @ kurang faham @ kekalutlan dalam mengerti @ keteledoran fikirkhitob (خطاب) cerita @ lakatkan @ berita @ sifatkanNafhun (نفخ) @ tiupan ruh @ menjana pergerakanthoir (طائر) @ unggas terbang @ burung @ yang bisa terbang

**nota** Pemburu haqiqat tidak membiarkan fikirannya ditakluki larangan2 @ hijab2 @ kekaburan2. Dia sentiasa mencari jalan @ kaedah2 menembusi hijab2 untuk mara terus kembali kepada ‘keesaan semata'”tiap2″ adalah sifat2 dualisma tuhan. “TIAP” adalah sifat fungsi ketuhanan

(shahadan) maqam inilah yang mula2 ia anugerah akan allah ta�ala kepada orang yang salik atau kepada orang yang lainnya iaitu seperti orangyang majzub umpamanya dan erti majzub itu orangyang diambil allah ta�ala dengan terkejut serta dirinya tahu akan mengenal zatnya dan sifatnya dan asma�nya dan af�alnya daripada tiada mengerjakan �ibadat dan tiada talqin daripada guru dan tiada ijazah masyaih

(shahadan) bahawasanya maqam inilah natijahtus suluk dan samarahnya ertinya jadi daripada orangyang salik dan buahnya (dan) erti salik iaitu orangyang bersunggoh2 ia ijtihadnya berbuat �ibadat kepada allah ta�ala dengan riadhoh ijazah akan dia olih syehnya kepadanya dengan tiada cedera ia pada mengerjakan akan dia dan tiada menyalahi ia akan barang disuruhkan akan dia olih gurunya daripada segala �ibadat dan lainnya (dan) erti arif itu iaitu orangyang mengenal allah ta�ala dan mengenal hamba lagi dapat ia membezakan antara kholiq dan makhluk dan musyahadah segala yang tersebut itu

ijazah (إجازه) @ izin @ baiat @ menurunkanijtihad (إجتهاد) @ bersunggoh2 tampa erti penat lelahkholiq (خالق) @ penciptamajzub (مجذوب) @ medapat ilham2 tanpa tunjuk ajar dari sesiapapunmasyaih (مشائخ)@ guru yang mengajar dan pemberi pertunjuknatijahtus suluk (نتيجة السولوك) @ tujuan @ hasil pengembaraan rohaniyahriadhoh (رياضة) @ sentiasa melakukansamarah (ثمره) @ buah ato hasilnyatalqin (تلقين) @ tunjuk ajar atau arahan

(dan maqam inilah) maqam yang pertama daripada maqam arifin yang meyampaikan ia kepada maqam yang diatasnya iaitu maqam tauhidul asma iaitu maqam yang kedua daripada segala maqam ariffin الفصل الثانى فى بيان توحيد الاسماء

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: